apa yang aku puas hati:
bateri life dia..so far aku guna mesti tahan 1 hari lebih sebelum bateri betul-betul cecah 11%..
cara penggunaan aku lebih kepada medial sosial, games ngan streaming kurang la skit..
kualiti kamera depan ngan belakang bagi aku puas hati..rear 13mp front 5mp..
yang best nak selfie nanti dia akan keluar kat mana nak tgok kamera, ada satu petak kecik yang fokus betul-betul wajah kita..
ha tgok tu je, kalau tak mesti bila selfie or wefie mata tgok ke lain..
maklumlah aku ni tak penah selfie sangat sebab hp sebelum ni cap ayam je.
oh satu lagi kalau pakai flip cover honor 4x dia ada sensor jadi bila tutup flip cover tu akan dipaparkan jam...
owh aku suka material yang digunakan sebagai backcover tu, tak licin dan no fingerprint magnet..
lagi hp dual sim, dan dua2 4g tau.
apa yang aku tak suka
sound music macam agak slow bagi aku lah.lepas tu kalau type guna keyboard mesti aku selalu tertekan google voice search ngan simbol noktah..
entah la mungkin aku kut yang kekok lagi..dan button back,home dia takde backlight jadi kalau dalam gelap takkan menyala lah.
tapi elok la kena ngan harga..oh lupa plak ROM dia kecik laa 8G je, tapi takpe memory slot support sampai 32gb..aku letak 16gb je...dan bateri tak boleh cabut sebab build in..
keseluruhan:
bagi aku, aku puas hati lah dengan harga dan spesifikasi honor 4x.
harga kedai =RM699 + tempered glass 15 + flip cover RM15
total RM729.00
mungkin ada kata baik angkat zenfone 2..
sebab lebih kurang je harga tu kalau tak silap aku..
tapi atas masibg-masing lah.