Baru beli Honor 4X sabtu lepas di kedai DirectD besar depan federal highway. RM699 + RM40 (Tempered glass screen protector). Macam ada yang cakap dalam ni, mula-mula ingat nak ambil Asus Zenfon 2. Tapi bila test kamera dan bandingkan dua tu (korang boleh test dalam kedai tu je senang), H4X lagi bagus kualiti gambar. Mungkin dari segi brightness color dia yang menarik. Kalau zoom in, Zenfon 2 nampak okay sikit. Kalau cukup cahaya, kamera H4X memang awesome. Aku ambil gambar anak aku di Taman Jaya, aku ingat kualiti macam DSLR. Quite good.
Aku juga bandingkan dengan Xiaomi Redmi Note 2 sebab spec hampir sama. Kamera Xiaomi memang bagus tapi interface tak menarik. Lagipun bateri H4X saiz 3000mh. Lagi besar dari RN2 & Zenfon2.
Aku bukan kaki games so belum ada games dalam phone. Tapi aku internet heavy user sebab aku maintain page opis aku dan sosial media lain. Jadi memang sentiasa kena online. 4G LTE H4X ni memang okay walaupun Cat.4 (150mbps). Cukup laju dah.
Screen bagi aku clear dan sharp. Aku sebenarnya tak faham kenapa orang nak kejar sangat PPI (Pixel Per Inch). Macam la mata kita ni bionik sangat boleh tengok detail macamtu. Takat HD 720dpi pun dah kira sharp untuk mata kita. So takde komplen sangat pasal screen. Touchs screen sangat okay. Keyboard aku tukar dari Huawei Swype kepada Google Keyboard. Boleh tukar dalam setting.
Dari segi sound, bagi aku no complain. Cukup kuat dah untuk aku. Nak kuat lagi time dengar muzik, baik aku cucuk head phone yang okay atau dock saja ke mana-mana external speaker.
Bateri bagi aku okay. Sekali cas boleh tahan hampir sehari (sebab aku selalu online). Ada tools untuk tutup program yang guna bateri banyak dan phone akan remind kita mengenainya.
Agak rugi sebab ROM takat 8GB saja dan available setakat 4GB. Tapi macam yang dah cakap, kita boleh add on micro SD dan aku sarankan korang beli micro SD class 10 yang laju sebab phone ni boleh handle dengan mudah. Lepas tu set default storage ke micro SD kita. Settle masalah.
Backlight takde untuk button di bawah skrin tu so itu sedikit menyusahkan. Tapi lama-lama bila dah biasa, takde hal pun.
Secara keseluruhan, ianya berbaloi untuk harga yang ditawarkan. Tambah sikit lagi duit, boleh beli Honor 6 yang lebih laju tapi skrin kecil sikit.