lempeng
Fun Poster
- Messages
- 338
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 338
- Reaction score
- 76
- Points
- 20
Homestay Kampung yang Keras
Azman, Jamal dan Syed, 3 orang sahabat baik, memutuskan untuk bercuti di sebuah homestay kampung yang terkenal dengan suasana tradisionalnya. Homestay itu terletak di tengah-tengah sawah padi, jauh dari hiruk-pikuk bandar. Rumah tu berdinding kayu dan bertingkap cermin kecil yang berderak setiap kali angin bertiup. Tapi apa mereka peduli? Homestay harga rahmah kot, sesuai sangat dengan bajet diorang. Dan rumah tu dekat dengan hutan yang diorang nak pergi hiking.
Namun, tanpa pengetahuan mereka, sebenarnya penduduk kampung sering bertukar cerita tentang "penghuni lama" yang masih berkeliaran di rumah itu.
Lepas makan malam dan solat isyak berjemaah, mereka duduk di ruang tamu sambil bermain kad ‘old maid’. Jamal, yang sebenarnya terkenal dengan sifat penakutnya, asyik memandang sekeliling.
Tiba-tiba, lampu berkelip-kelip. Jamal terus berhenti bermain.
Jamal: "Man, kau rasa rumah ni… biasa je ke? Macam ada aura lain je." bisiknya.
Azman: "Aura? Aku rasa aura lapar aku lagi kuat. Jangan paranoid la wei. Eh Syed, mintak satu roti krim ko ni eh"
Syed: “Eloklah, sorang penakut, sorang lagi kuat melantak. Nah…esok jangan lupa ganti.”
Azman menyengih sebab dalam otak dah set konpem nak buat2 lupa. Roti krim je kot, bakhil betul si Syed ni. Pau orang kemain lagi.
Tengah mereka seronok layan bermain kad, pintu bilik tidur utama perlahan-lahan terbuka sendiri. Jamal terdiam, matanya membulat memandang ke arah bilik tu. Mereka berpandangan sejenak.
Jamal: (dalam nada amat perlahan) “Woi korang, korang perasan tak tu?”
Azman: "Alah, mungkin angin kipas ni…kan kita bukak paling maksimum laju" ujarnya cuba menyedapkan hati sendiri serta nak tenangkan keadaan
Baru je nak teruskan bermain kad, tiba-tiba, pintu bilik tidur utama tu ditutup dengan hempasan berdentum kuat, diikuti bau wangi bunga melur menerobos ke lubang hidung mereka.
Jamal rasa nak menangis. Pelan2 dia bangun pegi belakang Azman: "Man… MAN… hantu suka bunga melur, kan?"
Azman: "Mana aku tau! Kau jangan macam2. Aku tak buat kajian saintifik pasal bau kegemaran benda alah tu la!"
Jamal: "Kau pergi ah tengok! Kau selalu bragging cakap besar kau lelaki alpha kan?"
Azman: "Aku alpha kat bandar, bukan kat rumah berhantu la bongok!"
Syed: “Kejadah la korang ni nak bergaduh time2 macam ni. Dah jom kita sama2 masuk tengok.”
Azman mencapai tongkat hiking yang diletak tepi pintu rumah. Mereka berjalan perlahan2 menuju pintu bilik itu. Syed pegang pemegang pintu dan bila Azman angguk beri isyarat, dia turunkan pemegang pintu dan Azman terus terjah tolak daun pintu dengan tongkatnya. Namun tiada apa2 pun dalam bilik tu. Tapi bau harum bunga melur masih cukup kuat melekat semerbak dalam bilik. Walaupun jantung rasa nak pecah punyalah saspen berdebar, mereka periksa juga keadaan dalam bilik tu. Lepas dah nyata takde apa2, barulah mereka beristighfar sambil tarik nafas lega.
Namun rasa aman tu tak kekal lama. Tiba2 pintu depan diketuk dengan kuat, diikuti dengan bunyi cakaran. Kemudian, mereka mula mendengar suara perempuan ketawa kecil dari luar tingkap. Dalam kepanikan, mereka mula membaca ayat Kursi dan surah2 pelindung diri. Jamal paling ketara menggigil takut. Ketika suara hilaian tawa semakin kuat, satu bayang putih tinggi kelihatan melintasi tingkap.
Mereka sepakat buka aplikasi Al-Quran dan bertadarus dengan penuh khusyuk tak tidur sampai ke pagi.
Keesokan harinya, dengan mata panda lebam, diaorang pergi kedai makan dan bertanya tentang sejarah rumah tu dari orang kampung tanpa segan-silu. Menurut cerita penduduk kampung, rumah itu memang dikenali berhantu kerana tuan asalnya yang dah meninggal dunia pernah membela dan lepas dia meninggal, anak2nya tak mau duduk situ dan hanya dijadikan sebagai homestay.
::::::::::::::::::::::::::::::::

Last edited: