aku nak citer pengalaman aku bela ikan guppy dalam 4 KOK ..atau hampir dekat 5ribu ekor keatas lah..
aku start dengan 30 ekor ikan sahaja..dalam tempoh 1 tahun setengah hingga 2tahun dah dpt lebih 5ribu ekor..
start lebih kurang 24/25 betina balance jantan BAKA baik lah..
untuk ikan guppy ni ramai suka bela sebab mudah biak..
tetapi kalau kita tak tahu caranya memang sukar untuk membiak..
sebab setiap anak yg dilahirkan antara 30-60ekor mengikut baka ..kalau ibu dia besar jari kelinking boleh dpt dekat 60ekor anak ikan...
ikan guppy jangan campur dengan ikan yg lain yg besar dari dia..sebab dia mudah terkejut and takut bila trkejut maka terbantut lah proses pembiakan..
bila tengok ibu ikan dah peringkat nak bersalin asingkan ibu ikan tu ke dalam bekas yg lain..biarkan dia sendirian hehehe..
sebab ikan guppy ni ..suka sgt bromen...

jantan asyik kacau jer...
bila dah beranak ....
asingkan anak dengan ibu..sebab ibu akan makan anak dia balik nanti.tak caya hampa letak dlm satu balang ..habis dia dok makan ...last2 tinggal yg mana kuat berenang jer..... then letak balik ibu dalam tong bersama jantan insyallah dalam 1bulan lagi beranak lagi hehehe...kalau anda asing..
anak tersebut cepat membesar dlm 3 bulan dah leh start beranak..hehehe memang cepat membiak..ini kalau ko orang nak buat biz dengan ikan ni lah..kalau setakat nak bela untuk hiasan dlm umah ..ok je..tak payah asing..
kat tempat aku ni sekor RM1.00 borong ..kat kedai jual RM2.50 hahahaha...
nanti aku sambung lagi ..dari segi pemakanan..dan sbgainya..
mana lah tahu..modal kecil leh jadi jutawan dengan biz ni..
sebab ramai org melayu banyak bela tapi kurang komersial..
so dari hobi kita buat duit apa salahnya kan ??? betul tak semua..