BTC USD 77,309.0 Gold USD 4,346.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Here We Go: Andre Onana Sertai Manchester United

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1689558940773.png


Andre Onana dilaporkan akan menyertai Manchester United selepas urusan medikal diselesaikan.

Kedua dua kelab mencapai kesepakatan harga untuk penjaga gol tersebut. Setelah bidaan United sebelum ini ditolak.

Inter Milan sebelum ini meminta sekurang kurangnya €60 juta untuk Onana. Namun Manchester United meminta harga lebih rendah.

Dan sedia untuk beralih ke sasaran lain jika Inter berkeras dengan tanda harga mereka.

Inter dikatakan sedia mendengar tawaran lebih rendah. Onana sudah menyatakan dia mahu menyertai Man United dan sudah setuju dengan syarat peribadi ditawarkan kepadanya.

Fabrizio Romano menganggap rundingan ini sudah dikira HERE WE GO.

Onana akan menyelesaikan urusan visanya untuk ujian medikal serta menyertai terus pasukan United bagi jelajah pra musim di Amerika Syarikat.

Andre Onana calon utama menggantikan David De Gea yang tamat kontrak pada Jun lalu.

Onana dianggap penjaga gol idaman Ten Hag kerana corak permainannya yang berasaskan ball playing dan sangat sesuai untuk sistem permainan build up dari bawah.

Onana pernah menjadi penjaga gol yang bekerjasama dengan Erik Ten Hag ketika di Ajax.

Dilaporkan Onana sudah setuju dengan kontrak sehingga 2028. Pemain itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia benar benar berminat untuk bermain semula di bawah Erik Ten Hag. Pengurus yang membantu mencungkil dan membangunkan bakatnya di Amsterdam.

Jadi, ianya berita yang ditunggu peminat United. Mungkin bagi sesetengah peminat ianya keceriaan berganda selepas berita Harry Maguire dipecat daripada jawatan kapten. Tak gitu?



Andre Onana penjaga gol yang tidak terikat dengan tugasan kebangsaan selepas dia mengumumkan persaraannya daripada peringkat antarabangsa ketika Piala Dunia 2022 yang lalu.

Ia dianggap satu kelebihan buat Man United.

Adakah anda rasa Onana akan mampu membantu United kembali meraih EPL?

Kongsikan pandangan murni anda.


https://**********/here-we-go-andre-onana-sertai-manchester-united/
 
FB_IMG_1689559160680.jpg


| BMU - Pemain Baru |

RASMI. Andre Onana ke Manchester United.

Fabrizio Romano mengesahkan perjanjian muktamad telah dicapai oleh kedua-kedua kelab. Onana akan menjalani ujian kecergasan dan segera ke kelab untuk menandatangani kontrak.

Manchester United memohon visa untuk Onana mengikuti pra-musim di Amerika Syarikat.

Erik Ten Hag kini mempunyai penjaga gol yang diinginkan selama ini.

Selamat berjuang bersama pasukan, Onana!

#BMU #MUFC #ONANA #BMU7
 
FB_IMG_1689835465271.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Menurut laporan semasa Fabrizio Romano, Manchester United menjangkakan André Onana akan terbang ke UK selewat-lewatnya malam ini dengan jadual pemeriksaan perubatan dan menandatangani kontrak dijangka akan berlangsung antara Rabu dan Khamis.

Onana telah meninggalkan pusat latihan Inter Milan kira-kira lebih 30 minit yang lalu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada staf dan rakan sepasukan.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1689835626174.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Terkini dari Fabrizio Romano.

Difahamkan bahawa André Onana akan terbang ke Manchester lewat hari ini, perancangan awal jadual penerbangan telah disahkan! Beliau dijangka akan mendarat di England lebih kurang jam 7 malam waktu UK (kira-kira jam 2.00 pagi waktu Malaysia).

◉ Beliau dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangi kontrak antara hari Rabu dan Selasa.

◉ Kontrak juga telah disahkn sehingga Jun 2028 dengan pilihan untuk melanjutkan tahun berikutnya.

◉ Yuran perpindahan telah dipersetujui bernilai €51 juta ditambah dengn €4 juta ‘add on’.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1689835963316.jpg


|BMU-Onana |

Melalui sesi temubual di La Gazzetta dello Sport penjaga gol Inter Milan Andre Onana dilaporkan telah mengesahkan bahawa dirinya secara rasmi menyertai Manchester United.

Dalam sesi temubual itu beliau mengatakan bahawa mendapat tawaran untuk berpindah ke kelab besar seperti Manchester United merupakan satu perkara yang sukar untuk ditolak oleh mana-mana pemain termasuk dirinya sendiri.

"Saya seorang pemain yang sentiasa ingin menyahut cabaran baharu dan sudah tentu bermain di Liga Perdana inggeris untuk kelab seperti United sememangnya sukar ditolak kerana semua pemain mahu perkara itu berlaku".

"Saya tidak sabar untuk memulakan pengalaman baru yang menarik ini dengan seorang jurulatih yang saya anggap seperti seorang 'Master'.

"Saya akan pergi ke liga besar dan kelab besar, yang mempunyai sejarah hebat seperti Inter, dan saya akan memberikan segalanya untuk menunjukkan kepada peminat mengenai diri saya."Secara peribadi, saya berharap untuk memenangi kejuaraan liga Juara-Juara eropah bersama United".

#BMU03
 
FB_IMG_1689836477326.jpg


Andre Onana akan terbang ke New York hari ini selepas menandatangani kontrak dengan kelab dan melengkapkan perpindahannya ke Manchester United pada pertengahan minggu ini. United akan memperkenalkan Onana dalam masa 24 jam akan datang.

#AMU12
 
FB_IMG_1689836910695.jpg


[ Penjaga gol Manchester United ]

Sekiranya Andre Onana, 27, menandatangani kontrak untuk bermain bersama Manchester United, maka beliau bakal menjadi pemain penjaga gol kedua berketurunan kulit hitam dalam sejarah penubuhan kelab Manchester United.

Tim Howard, 44, bekas penjaga gol Manchester United, merupakan penjaga gol pertama Manchester United yang berketurunan kulit hitam.

#BMU14
 
FB_IMG_1689837300300.jpg


| BMU - Petikan Kata |

Donny van de Beek mengalu-alukan kehadiran André Onana dalam skuad United: "Ya, beliau seorang penjaga gol yang hebat. Saya telah bermain dengannya selama bertahun-tahun dan beliau mempunyai personaliti yang hebat. Beliau bagus dengan kakinya, beliau juga bagus di gawang gol. Saya mengharapkan yang lebih lagi daripada Andrew. Beliau adalah seorang yang sangat baik, saya masih bercakap dengannya. Penjaga gol berkelas tinggi."

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
Back
Top
Log in Register