BTC USD 82,625.9 Gold USD 4,133.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hentikan program realiti - APA PENDAPAT ANDA?

MASTER ZEKAMAN

Active+ Member
Messages
4,231
Joined
Sep 16, 2008
Messages
4,231
Reaction score
51
Points
30
Oleh YULPISMAN ASLI
[email protected]

KUANTAN 17 Nov. - Program realiti seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran di kalangan masyarakat.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin berkata, kewujudan program-program seumpama itu juga hanya menguntungkan stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi terbabit.

Sedangkan katanya, budaya berbelanja tidak seharusnya mendorong masyarakat atau pengguna melakukan pembaziran terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.

"Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan," katanya .

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Seminar Memperkasakan Pengguna Peringkat Negeri Pahang 2009 anjuran bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Pahang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Dewan Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Biro Kepenggunaan Puspanita Kebangsaan, Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd. Mazjub.

Dalam ucapannya, Abu Samah turut mengingatkan pengguna khususnya wanita yang sering dijadikan objek oleh syarikat-syarikat pengiklanan supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik dan teknik digunakan bagi melariskan produk.

"Di Pahang, setakat ini kita menerima sebanyak 284 aduan sehingga Oktober 2009, berkaitan isu penipuan perkhidmatan, perkhidmatan perbankan, aktiviti jualan langsung dan barangan tiruan," katanya.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Beliau turut menyifatkan pengguna di negeri ini masih lagi mempunyai tahap kesedaran rendah mengenai hak mereka apabila setakat ini hanya 179 kes tuntutan difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Sementara itu. Dr. Rohaty berkata, pilihan di tangan pengguna sama ada mahu terus bermewah dan mengumpul hutang atau berbelanja mengikut kemampuan disebabkan kos sara hidup yang semakin melonjak khususnya di bandar-bandar besar.

"Apa yang dikesali, sikap biar papa asal bergaya masih menebal di kalangan pengguna di Malaysia. Sebagai pengguna kita seharusnya sentiasa beringat dan membuat tabungan sedapat yang mungkin," katanya

Sehubungan itu, beliau menyifatkan penganjuran seminar tersebut memberi banyak manfaat kepada pengguna khususnya wanita yang sebenarnya perancang ekonomi bagi sesebuah institusi keluarga.

"Jika amalan berhati-hati tidak diamalkan, setiap pengguna berpotensi terjerat ke dalam perangkap amalan peniaga yang kurang beretika dan kerap tertipu tanpa disedari," katanya.
 
aik??..baru tau ke program ni membazir??..hehe..:D:)):))
 
membazir?.. satu sen pun aku & keluarga aku xpernah sms utk undi:)
 
Memang patut dihapuskan terus rancangan2 mengarut mcm tu. Buang masa and buang duit. Annoying gile.
 
Erm akupun sokong ianya di hapuskan..dah lah mengarut then menyebabkan org dok sanggup layan habiskan duit dan juga masa kat depan TV jerk.
 
membazir?.. satu sen pun aku & keluarga aku xpernah sms utk undi:)

Dah brp juta duit pengundi yg xberapa cerdik ni abis..... Dari g undi artis yg ntah apa2... byk lagi yg boleh buat..... Lagi bagus kalau dapat kurangkan rancangan realiti yang entah apa2..... kanak2 pun diexploitasi utk dpt untung..... (etc idola kecil DLL)

Tapi kalau stop, jualan top up peniaga2 kedai telekomunikasi turunlah... :D

Apapun, aku setuju diberhentikan aje...... Yg mengundi rancangan2 sampah ni aku rasa daftar pengundi PRU pun belum tentu....:mad:
 
Erm akupun sokong ianya di hapuskan..dah lah mengarut then menyebabkan org dok sanggup layan habiskan duit dan juga masa kat depan TV jerk.

Mcm mana sukan nak maju, bola, hoki, badminton or apa2 sukan jarang disiarkan secara live (Astro xsemua org mampu).... Nak tanam kan sikap bersukan mcm mana...... Asyik2 rancangan realiti.... nyanyi, berlakon menari..... terlalu byk rancangan hiburan yg membazir dan melalaikan......
 
Bagus la kalau dah ada kesedaran psl isu rancangan realiti kt tv temptan...huhuhu...Memang membazir duit rakyat.. Tapi atas kepentingan perniagaan dan cukai yg dikenakan ke atas syrkt penyiaran swasta, Aku rase bkn senang nk hentikan rancangan ini, Kene lak membabitkan syrikat yg besar, Mau pikir 2-3 kali gorment. Yg aku tau rcgn realiti tempatan memang cam hampeh dan x ada kualiti....Mengarut
 
tak semua program realiti tu teruk. kalau macam AF, OIAM, tu aku setuju mmg x berfaedah malah melalaikan. Cuba buat rancangan realiti mcm The Biggest Loser. ade jgk pekdah
 
Back
Top
Log in Register