BTC USD 118,676 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2030 malaysia bakal tenggelam sikit? Realiti makin hampir

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
7,831
Joined
May 12, 2011
Messages
7,831
Reaction score
1,542
Points
156
pemanasan global menyebabkan glasier terbesar di dunia makin menipis.. dan menyebabkan beberapa negeri menjadi pulau... banjir bukan alasan lagi kerana ais di kutub makin menaik..

Beberapa bandar-bandar utama di Malaysia didakwa bakal 'lenyap' kerana akan berada di bawah paras laut menjelang tahun 2050.

Perkara itu didedahkan pusat penyelidikan swasta, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS)

Pendedahan juga itu adalah berdasarkan kajian terbaharu Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding terbitan Nature Communications.

Antara negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

"Pada tahun 2050 Alor Setar menjadi sebuah pulau; sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan; Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam; Bagan Datoh, Teluk Intan, dan Kuala Selangor lenyap; Port Klang tenggelam; Shah Alam menggecil; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertempat di sebelah pantai.

"Muar dan Pekan juga tenggelam; Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa buah pulau. Di Sarawak, Kuching juga mengecil dan menjadi beberapa buah pulau," katanya.




2.jpg


3.jpg


4.jpg


5.jpg


1.jpg


2.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register