BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

<Help> LeaseHold atau FreeHold

Salam 1Carigold,

Aku nak minta nasihat dari otai sikit. Aku ada jumpa satu new property 2 storey harga below 250k area Negeri Sembilan tapi masalahnya leasehold 99 tahun.

Macam biasa sales tu kata tinggal satu unit je lot bumi, sama ada betul atau tidak aku tak pasti tapi aku kena bertindak cepat sebab ni peluang terbaik kerana bukan senang nak cari below 250 new property.

Cuma aku risau sebab dia leasehold jadi aku nak minta nasihat korang sama ada bagus atau tidak? Adakah mungkin selepas 99 tahun kawasan itu akan diambil balik? Tapi by then mungkin harga rumah tu dah naik.

Tapi aku geram tengok property ni kalau terlepas sebab bumi lot dapat discount 10% jadi loan boleh buat mark-up so tak perlu keluar deposit apa2.

Jadi aku nak mohon nasihat dari anda semua :)


PS: Hari sabtu ni aku turun usha show house dan kalau ok mungkin terus masuk depo.. insyaallah

umah mana ko g ni tt?
 
You're welcome. Tu je yang saya boleh bagi pendapat tuan. Ilmu yang saya ada, saya kongsi la.Rumah tu kat mana tuan? Ada tengok iklan kat mudah tadi. Umah kat seremban, lavender height, banglo, RM270K. :D:D

umah lelong ni kaleck sini start je 270k tapi nanti bid jadi mahal
 
Area Senawang... memang dekat sangat dengan Apartment tu bro :D

Apartment tu pun aku dah booking, sabtu ni aku turun bayar deposit..

Yang rumah 2 tingkat ni pun aku ingat nak booking sekali sabtu ni sebab masih dalam budget aku..

Tamak aku ni sampai yang kat Seremban 3 dekat UITM tu pun aku dah booking lot gak :D

bro ko cari rumah baru sahaja ke??? nape tak try rumah yg dalam range 2-5 thn n value rumah tu akan tinggi serta freehold?
 
ade org bgtau geran NIL ni paling berharga sebab...NIL=boleh digunakan utk apa2... benar ke hal ni?

nil tu depend tn jika sekitarnya perumahan kita kira perumahan jika industri kita kira industri....
 
senawang leasehold?agaknya future ada projek masyukk kot

kat situ dekat dgn bandar senawang dan perindustrian senawang. tapi rasa aku diorang mesti continue perumahan punya lease sebab kalau tak nanti mau bising semua orang kat situ kot :-?
 
bro ko cari rumah baru sahaja ke??? nape tak try rumah yg dalam range 2-5 thn n value rumah tu akan tinggi serta freehold?

yup aku cari new development. aku ada usha juga rumah freehold kat seremban 3 dan dijangka siap end of 2015. kat situ diorang tengah buat UITM (300 meter) so aku assume harga tu mesti naik in future. yang tu memang aku dah booking dah tapi yangni menarik sebab 2-storey and the price is only around 230k++
 
yup aku cari new development. aku ada usha juga rumah freehold kat seremban 3 dan dijangka siap end of 2015. kat situ diorang tengah buat UITM (300 meter) so aku assume harga tu mesti naik in future. yang tu memang aku dah booking dah tapi yangni menarik sebab 2-storey and the price is only around 230k++

mega 3 ok kot cuma kekadang bilik dia kecik sikit tu yg ada yg tak suka design dia tu
 
Wasalam tuan,

Berkaitan dengan soalan tuan tu, saya secara peribadi syorkan ambik jer rumah tu walaupun leasehold 99 tahun. Coz dalam memilih rumah, byk faktor yang di considerkan. Dan dari segi apa yang tuan ckp, tuan dah memang sangat suka kat umah tu. Cuma masalah leasehold jer yang membuatkan tuan sukar membuat pilihan kan?

Bagi saya secara personal, better ambik yang non bumi punya rumah walaupon leasehold dari ambik malay reserve freehold. Dalam National Land Code, kalau gomen nak ambik tanah tu tak kisah la, sama ada tanah tu leasehold ke freehold, memang diorang akan ambik jugak. Cuma tanah leasehold ni kena bayar la nnti bila dah nk renew dia punya lease. Premium tu ikut negeri, so kat Negeri Sembilan, x tahu pulak saya berapa.

Lagipun, jarang sekali rakyat malaysia yang dapat hidup sampai habis leasehold tu.. Unless kalau umur dia 100+.:) Saranan saya, kalau harga umah dah cun dan umah dah berkenan di hati, ambik je la. Kalau dapat corner lagi cantik. Coz dalam valuation byk faktor yang boleh mempengaruhi nilai umah tu..

Just my 2 sen jer yer..:)cgrock:)cgrock

tuan kaleck yg ensem,,huhu

untu krenew leasehold tuan,,kerajaan negeri yg buat ke or camner?
 
Back
Top
Log in Register