BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Heboh cili merah tiruan daripada plastik

beras plastik, telur plastik....

cili plastik x terkejut pun....

setakat cili...tanam sendiri lah wahai suri rumah...x payah lah beli....

cili besar dan cili padi boleh di tanam dalam pasu....

selesai masalah...

sebab yang cerita ni adalah suri rumah...bukan peniaga....

hehehhehe...

yang jual tue mau tangkap buh dalam dan bagi dia makan bende tue:mad::mad::mad::mad:
 
Wanita dakwa terbeli cili tiruan, makan ‘melekat di tekak’

PETALING JAYA, 29 April ― Seorang wanita mendakwa termakan cili tiruan yang dibeli di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Selangor, Isnin lalu.


Beliau yang mahu dikenali sebagai Zetty berkata, ketika hendak memasak, beliau perasan cili tiruan tersebut rupanya bercampur dengan cili asli.

“Jika cili betul, apabila dihiris pisau ia akan putus-putus dan rapuh, tetapi cili plastik lebih keras dan melentik-lentik.

“Malah, saya juga sudah termakan cili berkenaan dan mendapati ianya melekat pada tekak. Itu menguatkan anggapan saya itu cili plastik,” katanya seperti dilapor mStar Online.

Jumaat lalu, video rakaman yang menjelaskan perbezaan cili betul dan tiruan telah dikongsi di laman Twitter oleh seorang pengguna yang telah mendapat 122,000 tontonan. - MMO

89dc6f64e4c94149ade56268f7601123.ashx

D5R7ZvkU4AAApwL.jpg
 
KPDNHEP siasat dakwaan cili plastik

KUALA NERUS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius dakwaan kewujudan cili tiruan diperbuat daripada plastik seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.


Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan penguat kuasa kementerian itu sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

"Kami memerlukan sedikit masa untuk menyiasat kesahihan dakwaan 'cili plastik' terbabit memandangkan sebelum ini ia hanya tersebar menerusi media sosial.

"Apa pun, KPDNHEP juga telah mengambil tindakan proaktif dengan melakukan pemeriksaan di kedai-kedai (dan pasar raya) yang menjual cili terutama di Lembah Klang iaitu lokasi kes itu didakwa berlaku," katanya selepas merasmikan program Bank Makanan peringkat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang tidak bertanggungjawab berkenaan sekiranya dakwaan kewujudan cili plastik itu terbukti benar.

Sebelum ini, seorang suri rumah berusia 40-an telah memuat naik video di akaun media sosialnya mendakwa terbeli cili yang disyaki diperbuat daripada plastik.


http://www.kosmo.com.my/negara/kpdnhep-siasat-dakwaan-kewujudan-cili-plastik-1.891352
 
Back
Top
Log in Register