GamezStar
CG Hardcore Club


- Messages
- 67,190
Top Poster #1
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 67,190
- Reaction score
- 7,854
- Points
- 881
sapa masih ingat isu ni??? usus formula tiruan dan mengakibatkan buah pinggang kanak2 rosak.. kt bawah ni tuk korang recall balik....
tgk godek2 utube.. terjumpe plak video after kejadian ni susu fake ni... ..bukan hanye isu susu formula.. tadi byk lagi rupe nye yg fake yg kita x perasan "china food safety"
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
ISU SUSU FORMULA BAYI TIRUAN DI NEGARA CHINA
Screen Shot 2016-04-10 at 14.29.51
Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan dalam akhbar tempatan The Malay Mail bertajuk “China arrests six over fake infant formula” dan The Sun bertajuk “Milk powder scam in China” pada 6 April 2016. Berita yang serupa turut dilaporkan dalam akhbar antarabangsa Hong Kong Free Press dan The China Post. Laporan ini adalah berkaitan penangkapan enam (6) orang di China kerana terlibat dalam aktiviti pembuatan dan penjualan susu formula bayi tiruan di bawah jenama terkenal seperti “Similac”. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa negara China turut memaklumkan bahawa susu formula bayi tiruan terlibat tidak membawa risiko kemudaratan.
Screen Shot 2016-04-10 at 14.38.18
China Nabs 6 People for Selling Fake Infant Formula. Read more here
Semakan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) di bawah Kementerian Kesihatan mendapati susu jenama “Similac” yang terdapat di pasaran tempatan diimport dari negara Singapura, Ireland dan Sepanyol sahaja.
Pihak Kedutaan Kerajaan China di Malaysia telah mengesahkan bahawa isu ini hanya melibatkan pasaran tempatan di China, di mana tiada produk terlibat yang dieksport ke luar negara termasuk negara Malaysia.
Syarikat Abbott iaitu pengilang asli produk “Similac” juga telah mengesahkan bahawa isu penipuan formula bayi tersebut hanya melibatkan susu formula bayi yang dikilangkan syarikat Abbott di negara China untuk pasaran di negara berkenaan sahaja.
Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan yang telah tercemar atau mengandungi bahan berbahaya yang memudaratkan kesihatan tidak dibenarkan dijual kepada orang ramai.
Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
tgk godek2 utube.. terjumpe plak video after kejadian ni susu fake ni... ..bukan hanye isu susu formula.. tadi byk lagi rupe nye yg fake yg kita x perasan "china food safety"