BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Heboh cili merah tiruan daripada plastik

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831


CILI_MERAH_1546083148.jpg

Cili merah yang didakwa plastik dibeli oleh seorang suri rumah di sebuah pasar raya di Kemaman. Foto : IHSAN PEMBACA

Dvlm9y7VYAEZ7qM.jpg
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengesahkan menerima laporan berhubung kes cili merah yang didakwa plastik dan tiruan dijual di Kemaman.

Sehubungan itu, sepasukan penguatkuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan dan siasatan di pasar mini yang didakwa menjual cili merah tiruan itu.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, pada 28 Disember lalu, KPDNHEP turut menjalankan pemeriksaan dan mengambil keterangan daripada pembekal cili itu di Pekan, Pahang.

"Kami sudah membuka kertas siasatan dan sampel cili yang diambil daripada pengadu, peruncit dan pembekal di Pekan, Pahang, sudah dihantar ke Jabatan Kimia Terengganu untuk dianalisis.

"Hasil siasiatan yang dijalankan, bekalan cili itu didakwa diperolehi daripada luar negara.

"KPDNHEP juga merujuk Jabatan Pertanian dan mendakwa cili merah import itu disaluti sejenis bahan cecair untuk memastikan ia tahan lebih lama," katanya.

Rabu lalu tular sebuah video yang diambil seorang suri rumah dari Gong Pauh, Kemaman, yang mendakwa membeli cili merah tiruan diperbuat daripada plastik di pasar mini di Kemaman.

Berdasarkan video itu, cili merah berkenaan dikatakan sukar dihiris dan apabila dibakar ia berbau plastik.

Sehubungan itu, suri rumah berkenaan membuat laporan kepada KPDNHEP untuk siasatan lanjut.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/406982/kpdnhep-siasat-aduan-cili-tiruan
 
belum tahu lagi palsu ke x..

hebat laa sapa yang bley buat cili palsu tu..
 
aku rasa cili tu direndam dgn cecair plastik utk tahan lama.. mesti dr china tu..
 
negara ekonomi besar tu ke? yuan tu ke
 
susah apa makcik...
semai jaa biji dia tuh.. tgk idup ker dak..
kalu idup.. ori ler tuh...
 
adakah kos membuat cili tiruan ini lebih murah berbanding menanam cili yang asli...
 
beras plastik, telur plastik....

cili plastik x terkejut pun....

setakat cili...tanam sendiri lah wahai suri rumah...x payah lah beli....

cili besar dan cili padi boleh di tanam dalam pasu....

selesai masalah...

sebab yang cerita ni adalah suri rumah...bukan peniaga....

hehehhehe...
 
Back
Top
Log in Register