BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HBPJIM: JIM Bawa Perkhidmatan Pembaharuan Pasport Ke IOI City Mall Dari 16 Hingga 18 Julai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

HBPJIM: JIM Bawa Perkhidmatan Pembaharuan Pasport Ke IOI City Mall Dari 16 Hingga 18 Julai​

55f83b5873936a89369e49c66420ff0068de56b36c008


Jabatan Imigresen (JIM) akan membuka kaunter pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) secara terus di pusat beli-belah IOI City Mall di sini selama tiga hari bermula Khamis ini menerusi penganjuran Hari Bertemu Pelanggan JIM (HBPJIM) 2026.

JIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan HBPJIM yang dianjurkan bersempena Sambutan Hari Imigresen ke-104, akan diadakan di pusat beli-belah tersebut dari 10 pagi hingga 10 malam.

Menurut jabatan itu, HBPJIM merupakan antara inisiatif JIM untuk memperluas akses kepada perkhidmatan imigresen melalui pendekatan turun padang yang lebih dekat dengan masyarakat.

“Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan imigresen secara terus, termasuk pembaharuan PMA di lokasi.

“Selain pembaharuan pasport, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan lain seperti semakan status perjalanan dan senarai syak, khidmat nasihat berkaitan visa, pas dan permit, urusan pekerja asing, perkhidmatan ekspatriat serta penerangan mengenai aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe),” menurut kenyataan itu.

HBPJIM turut menampilkan pelbagai pameran interaktif yang memberi peluang kepada orang ramai mengenali fungsi dan peranan jabatan itu dengan lebih dekat.

Antaranya termasuk pameran PMA Baharu, penguatkuasaan imigresen, pakaian seragam, kerjaya serta pelbagai inisiatif transformasi perkhidmatan jabatan.

Menurut kenyataan itu, pengunjung juga berpeluang bertemu maskot rasmi JIM, iaitu Wira dan Srikandi, beramah mesra dengan anggota Pasukan Taktikal Khas serta menyertai pelbagai aktiviti sampingan yang disediakan sepanjang program berlangsung.

“Pengunjung yang mendaftar turut berpeluang menerima cenderahati eksklusif JIM secara percuma, sementara stok masih ada,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register