combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,141
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,141
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Harimau Belang Betina Masuk Perangkap Di Hulu Kinta
Kredit Perhilitan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau belang betina selepas haiwan pemangsa itu memasuki perangkap yang dipasang berhampiran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Hulu Kinta di sini semalam.
Pengarah Perhilitan Perak Mohd Taufik Abdul Rahman berkata harimau belang seberat 94 kilogram (kg) itu memasuki perangkap kira-kira 12.40 tengah hari.
“Sebelum ini, kami menerima aduan daripada penternak lembu yang beberapa kali menyedari kelibat harimau berkenaan merayau di kawasan itu (IPG Kampus Ipoh).
“Susulan itu, kami ambil keputusan untuk pasang perangkap pada 17 Julai dan haiwan pemangsa ini berjaya ditangkap,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Taufik berkata Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni itu ditemukan dalam keadaan sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan serius pada mana-mana bahagian badan, kecuali luka ringan pada bahagian muka.
Mohd Taufik berkata harimau itu akan dihantar ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mendekati atau cuba menangkap sendiri mana-mana haiwan liar yang ditemui, sebaliknya segera melaporkan kepada Perhilitan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil demi keselamatan awam.
Pada 11 Jan lepas, seekor harimau belang jantan berusia dua tahun yang digelar “Yob Kinding” berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap di sebuah kebun durian berhampiran Bukit Kinding, Chemor dekat sini.
Sehari sebelum itu, seekor harimau kumbang jantan turut ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang di Bukit Bangkong, Chemor.