BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harimau Kumbang Masuk Perangkap Di Sungai Siput

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
50cb28495b0dcb867a2d6ef981fa707668918c0b9efc0

Kredit: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak

Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap di Kampung Jalong, Sungai Siput, semalam selepas dipercayai membaham ternakan penduduk sebagai sejak Februari lepas.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata mamalia itu dianggarkan berusia tujuh tahun dan seberat kira-kira 50 kilogram.

"Sejak Februari lepas penduduk telah membuat aduan mengenai kehilangan haiwan ternakan mereka, jadi sejak itu kita (Perhilitan) memasang perangkap dan harimau kumbang itu hanya berjaya ditangkap semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata harimau kumbang itu akan dibawa dan dilepaskan ke habitat asal yang sesuai.

Yusoff turut menasihati penduduk supaya segera melaporkan kepada Perhilitan jika terdapat jejak haiwan buas supaya tindakan segera boleh diambil.

Sebelum ini dilaporkan seekor harimau kumbang berjaya ditangkap di Ladang Jalong, Sungai Siput pada Julai tahun lepas.

 
Back
Top
Log in Register