combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,160
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,160
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kredit: Perhilitan Perak
Misteri kehilangan ternakan dan kegusaran penduduk Kampung Perlop 1, Sungai Siput sejak awal tahun lalu akhirnya terungkai apabila seekor harimau belang jantan berjaya ditangkap dalam satu operasi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, awal pagi tadi.
Haiwan pemangsa itu, yang dianggarkan seberat 90 kilogram dan berusia hampir dua tahun, memasuki perangkap yang dipasang kira-kira 700 meter dari penempatan penduduk sekitar pukul 3 pagi.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima maklumat daripada salah seorang penduduk pada pukul 8 pagi yang memaklumkan haiwan itu telah masuk ke dalam perangkap.
“Kehadiran harimau ini sejak sekian lama memang menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk. Dengan tertangkapnya haiwan ini, sudah tentu ia memberi kelegaan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan harian tanpa rasa bimbang,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sebelum ini, penduduk kampung berkenaan sering diganggu dengan kelibat harimau tersebut yang bukan sahaja berkeliaran di kawasan penempatan, malah turut membaham sembilan ekor ternakan penduduk sejak awal tahun lalu.
Mengulas lanjut, Yusoff berkata harimau berkenaan berada dalam keadaan sihat dan akan dipindahkan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NRWC) di Sungkai untuk tujuan pemuliharaan.
“Harimau ini mungkin dijadikan induk pembiakan bagi menyokong usaha pemeliharaan spesies yang semakin pupus di negara ini,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan masih terdapat harimau lain yang berkeliaran di kawasan sekitar, termasuk berhampiran Hutan Simpan Korbu yang terletak berdekatan kampung tersebut.
“Ancaman seperti ini mungkin akan berulang kerana sifat semula jadi harimau yang berkeliaran jauh dalam usaha mencari makanan,” katanya.
‘Pak Belang’ Masuk Perangkap Di Sungai Siput
Yusoff Shariff, Perhilitan, Sungai Siput, harimau