BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari ini dalam sejarah Islam.

Pada hari ini di tahun 1979, ketika solat subuh sedang dijalankan di Masjidil Haram secara tiba - tiba kedengaran bunyi tembakan senjata automatik di ruang udara kota Mekkah kemudian sekumpulan lelaki yang bersenjata telah menuju ke Imam Masjidil Haram dan merampas mikrofon daripada Imam.

Kumpulan lelaki bersenjata seramai lebih 500 orang telah menawan Masjidil Haram dan kumpulan ini dipimpin oleh Juhayman al-Otaybi yang kemudiannya mengisytiharkan bahawa adik iparnya Mohammed Abdullah al-Qahtani adalah Imam Mahdi lalu mereka memaksa para jemaah untuk memberikan baiah kepada Mohammed Abdullah al-Qahtani.

Selain itu kumpulan tersebut turut menuntut supaya keluarga Bani Saud untuk turun tahkta dan pemerintahan dikembalikan kepada Bani Quraish di mana kedua - dua Mohammed Abdullah al-Qahtani dan Juhayman al-Otaybi adalah ahli Bani Quraish.

Pengepungan ini berlangsung sehingga 27 November dan hanya tamat selepas pasukan tentera Arab Saudi mendapat bantuan nasihat 3 orang komando Perancis dan juga Masjidil Haram berjaya dirampas kembali dengan bantuan Komando Pakistan yang dipimpin oleh Major Parvez Musharaff (Mantan Presiden Pakistan).

Lebih 500 para jemaah dan anggota tentera Arab Saudi yang terbunuh di dalam peristiwa ini manakala Juhayman al-Otaybi bersama 68 pengikutnya ditangkap dan dihukum pancung di depan khalayak ramai.


1400583_992514217442445_5311102299045887035_o.jpg

http://youtube.com/watch?v=7TOsizlpOss
 
Pada hari ini di tahun 1917, angkatan tentera British berjaya menawan Kota Baitulmuqaddis daripada penguasaan Empayar Uthmaniyah selepas memulakan serangan semenjak 17 November 1917.

Jatuhnya Kota Baitulmuqaddis ke tangan British menandakan berakhirnya pemerintahan secara mutlak umat Islam ke atas kota tersebut semenjak abad ke 13.

Pada 11 Disember, Jeneral Allenby iaitu Jeneral tertinggi angkatan British telah memasuki Kota Baitulmuqaddis dengan berjalan kaki dan akhbar - akhbar di Britain menyatakan bahawa penawanan Kota Baitulmuqaddis adalah hadiah Krismas bagi umat Kristian untuk tahun tersebut dan sememangnya diketahui bahawa kerajaan Britain telah menekankan betapa pentingnya untuk kota tersebut di tawan sebelum 25 Disember 1917.

Gambar Jeneral Allenby memasuki Kota Baitulmuqaddis.


10466979_1003460776347789_5245551586474589034_o.jpg
 
Pada hari ini 19 februari di tahun 1915, angkatan tentera laut Britain dan Perancis mula mengebom selat Dardanelles menandakan permulaan Pertempuran Gallipoli yang berakhir dengan kekalahan pasukan bersekutu yang terdiri daripada Britain, Perancis, New Zealand, Australia, Kanada dan tentera British India dan satu - satunya kemenangan Empayar Uthmaniyah ketika Perang Dunia Pertama.Satu perkara yang menarik untuk di ketengahkan ialah Winston Churchill iaitu Perdana Menteri "Lagenda" Britain ketika Perang Dunia ke 2 adalah perancang utama operasi ini yang bertujuan iuntuk menjatuhkan Empayar Uthmaniyah.

:- Gambar

(1) HMS Canopus iaitu sebuah kapal British kelas "Dreadnought"(Battleship) sedang mengebom kubu tentera Utmaniyah yang menjaga selat Dardanelles.

image.php

(2) HMS Irresistible iaitu sebuah kapal kelas "Dreadnought" (Battleship) sedang tenggelam setelah berjaya ditembak oleh meriam pantai (coastal gun).

image.php

(3) Salah sebuah meriam pantai (coastal gun) yang digunakan oleh angkatan tentera Uthmaniyah untuk mempertahankan selat Dardanelles


image.php

Sejak zaman dulu lg mereka mmg berpakat. Skrg ni pun berpakat dan melebel pengganas bila islam bangun untuk mendirikan empayar dan kekuatan islam.
 
Back
Top
Log in Register