BTC USD 84,304.0 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-27/12

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PEMBUKAAN RASMI PELABUHAN SELAT KELANG UTARA-Tarikh Peristiwa pada 27-12-1963

Pada hari ini dalam tahun 1963, Pelabuhan Selat Kelang Utara telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertempat di Pelabuhan Kelang. Projek bernilai $40 juta ini telah dirancang kira-kira tiga tahun sebelum perasmiannya Kerja-kerja pembinaannya telah diuruskan oleh Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu dengan kerjasama sebuah syarikat dari Denmark. Peruntukan pula dibiayai dengan pinjaman daripada kerajaan Amerika. Sejak pelabuhan Pelabuhan Kelang atau nama lamanya Port Swettenham ditubuhkan pada tahun 1900, ia telah ditadbirkan sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, menjelang perasmiannya, sebuah lembaga dikenali sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan telah ditubuhkan bagi mengambil alih kerja-kerja mengendalikan pelabuhan ini dari pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. Pelabuhan Selat Kelang Utara mengandungi empat buah dermaga air dalam, gudang transit, pusat pemeriksaan kastam, depoh balak dan lain-lain. Sesungguhnya, pembinaan Pelabuhan Selat Kelang Utara diharap dapat menampung aktiviti memunggah barang yang bertambah sebanyak empat kali ganda di pelabuhan sebelumnya di samping meningkatkan peranannya sebagai nadi utama kemajuan perdagangan dan pembangunan ekonomi negara.
 
KONVENSYEN GURU-GURU ASIA YANG PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 27-12-1969

Persidangan dan seminar memainkan peranan yang penting dalam usaha mengeratkan perhubungan di antara satu sama lain, bertukar-tukar pandangan dan idea serta dapat mencetus pemikiran baru. Bagi tujuan di atas, pada 27 Disember 1969 satu Konvensyen Guru-guru Asia Yang Pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Persidangan dihadiri oleh 21 buah negara Asia dan Pasifik dan juga pemerhati daripada Kanada dan Amerika Syarikat. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia, turut hadir di majlis ini Menteri Pelajaran Datuk Abdul Rahman Yaakob, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Encik Khir Johari. Konvensyen 5 hari ini bertujuan mengeratkan lagi perhubungan di antara guru-guru Asia, mewujudkan kerjasama dan persefahaman serantau, menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pelajaran dan meninggikan taraf guru. Peranan Persatuan Guru-guru juga turut dibincangkan dalam persidangan terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha-usaha meninggikan dan meningkatkan lagi sistem pelajaran serta mengatasi masalah dan kepincangan di dalam sistem pendidikan pada masa ini. Peranan dan tanggungjawab badan-badan dan persatuan ini juga penting sekali terutama dalam usaha-usaha Kerajaan di negara sedang membangun seperti di Asia untuk meninggikan lagi taraf pendidikan kepada penduduk.
 
ARAHAN MENGGUNAKAN NAMA TELUK INTAN DIKELUARKAN-Tarikh Peristiwa pada 27-12-1981

Pada hari ini 27.12.1981, Yang Dipertua Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) Encik Abdul Samat Haji Sabri telah mengedarkan surat arahan kepada semua jabatan-jabatan Kerajaan, pihak swasta termasuk kilang-kilang, syarikat-syarikat persendirian serta kedai-kedai perniagaan supaya menggunakan nama Teluk Intan. Mengikut surat arahan yang diedarkan tersebut penggunaan nama Teluk Intan akan mula berkuatkuasa 1 Januari 1982. Menurut Encik Abdul Samat yang juga Pegawai Daerah Hilir Perak menyatakan bahawa dengan pengedaran surat arahan tersebut diharapkan pihak-pihak berkenaan akan mematuhinya dengan menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan tersebut. Sekiranya ada pihak yang tidak mematuhinya khususnya selepas tarikh kuatkuasa, pihak Majlis Daerah Hilir Perak akan mengambil tindakan yang perlu bagi melaksanakan arahan tersebut. Dengan pengedaran surat arahan itu diharapkan semua penduduk di daerah Hilir Perak amnya dan bandar Teluk Intan khususnya agar dapat mengubah tulisan nama bandar ini pada semua papan tanda yang bertulis perkataan Teluk Anson kepada Teluk Intan. Arahan perubahan nama ini adalah sesuai dengan keadaan masyarakat negara ini lagipun nama Teluk Intan sememangnya telah digunakan sehinggalah pihak pentadbiran Inggeris menukarnya kepada nama Teluk Anson mengambil sempena nama seorang pegawai Inggeris yang bertugas di Perak. Sesungguhnya arahan penukaran nama Teluk Anson kepada Teluk Intan pada hari ini dalam tahun 1981 itu adalah suatu yang baik ke arah mengurang atau menghapuskan nama-nama tempat yang berunsur penjajah di negara ini.
 
kenapa nama teluk intan? apa asal usul intan tu?
 
Back
Top
Log in Register