BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 25/09

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KERJA-KERJA PEMBINAAN STADIUM MERDEKA DIMULAKAN -Tarikh Peristiwa pada 25-09-1956


Pada hari ini dalam tahun 1956, kerja-kerja pembinaan Stadium Merdeka telah dimulakan. Pembinaan stadium ini dilakukan atas desakan Persatuan Bola Sepak Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaya selepas Perang Dunia Kedua kerana stadium yang terdapat di Jalan Ampang tidak dapat digunakan lagi. Pada 15 September 1955, Jawatankuasa Perancangan Pembinaan Stadium diwujudkan bagi mengkaji pelan dan kos pembinaannya. Sebanyak 160 pelan cadangan dikemukakan kepada kerajaan dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah $ 2.3 juta. Tetuan K.C Boon Co. Ltd dan Tetuan Lim Quee and Sons telah dilantik sebagai kontraktor utama serta pengendaliannya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Tanah Melayu. Pada 15 Februari 1957, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah meletakkan batu asas stadium ini.

Pembinaan stadium ini dipercepatkan bagi membolehkan acara sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dapat dilakukan pada 31 Ogos 1957. Pada 21 Ogos 1957, pembinaan Stadium Merdeka selesai dilakukan dan pengendaliannya diserahkan kepada Lembaga Penguasa (Board of Control). Stadium Merdeka telah dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya pada 24 hingga 29 Ogos 1957. Upacara perasmian stadium ini telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 30 Ogos 1957.

Pembinaan Stadium Merdeka pada hari ini dalam tahun 1957 menjadi lambang kemegahan negara kerana ia bukan sahaja menjadi lokasi bagi acara-acara sukan tetapi juga menjadi lokasi bagi acara-acara penting negara.
 
PERASMIAN SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU-Tarikh Peristiwa pada 25-09-1965

Pembukaan sekolah-sekolah berasrama penuh di seluruh negara adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar cemerlang di luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Salah sebuah sekolah yang dikhaskan untuk murid-murid perempuan telah dibuka dengan rasminya pada hari ini 25.9.1965 iaitu Sekolah Menengah Puteri Tun Fatimah Johor Bahru, atau lebih dikenali dengan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultanah Johor pada hari ini. Sekolah Tun Fatimah merupakan sekolah Menengah Puteri berasrama penuh yang kedua di Malaysia. Sekolah yang menelan belanja RM 2.25 juta ini menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan sara hidup pelajar-pelajar terutama dari luar bandar.

Semasa dibuka sekolah ini mempunyai 364 penuntut dan 190 daripadanya memperolehi biasiswa. Sementara pelajar-pelajar yang lain dibiayai oleh Kementerian Pelajaran dengan sedikit bayaran oleh ibu bapa untuk tempat tinggal sebagai tambahan pelajar-pelajar ini menerima wang saku sebanyak RM10 sebulan semasa mula-mula dibuka dahulu. Semasa di upacara perasmian, Menteri Besar Johor ketika itu Dato’ Haji Hassan b. Hj. Yunus menyeru supaya pelajar-pelajar digalakkan mempelajari sains dan selaras dengan itu kemudahan-kemudahan bagi pelajaran teknikal hendaklah juga disediakan. Beliau menegaskan bahawa sikap kurang minat pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran ini harus diatasi. Mereka perlu disedarkan bahawa negara yang sedang membangun ini amat memerlukan pelajaran-pelajaran dari jurusan sains dan teknikal untuk melaksanakan dan menjayakan rancangan-rancangan pembangunannya.

Dengan terdirinya Sekolah Menengah Puteri Tun Fatimah pada hari ini, penyediaan pelajar-pelajar ke peringkat yang lebih tinggi akan dapat diselaraskan dengan lebih terancang. Di samping dapat membantu golongan berpendapatan rendah di luar bandar memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak mereka. Pelajar-pelajar cemerlang ini mempunyai potensi menjadi pemimpin yang akan membangunkan negara di masa hadapan.
 
SULTAN MUZAFFAR SYAH III MANGKAT-Tarikh Peristiwa pada 25-09-1754

Pada hari ini 25 September 1754 Sultan Muzaffar Syah III mangkat. Sultan Muzaffar Syah memerintah Perak di antara tahun 1728-1752. Baginda menaiki taktha pada tahun 1928 apabila Sultan Alauddin Munghayat Shah yang memerintah Perak di antara tahun (1920-1928) mangkat. Baginda merupakan saudara kepada Sultan Alauddin Mughayat Shah. Pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah telah berlaku perselisihan baginda dengan Raja Muda Bisnu yang.

Perselisihan ini telah membawa kepada Perak terbahagi kepada dua dan Pacat menjadi sempadan pemerintahan Sultan Muzaffar Syah dan Raja Muda Bisnu. Namun begitu atas usaha-usaha yang dijalankan oleh anak Raja Muda Bisnu, Raja Muda Iskandar, akhirnya pedamaian dicapai di antara Sultan Muzaffar Syah III dan Raja Muda Bisnu dan akhirnya Sultan Muzaffar Syah III kembali bersemayam di Brahaman Indera. Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III, Raja Muda Iskandar telah dilantik menaiki taktha pada tahun 1752 dengan gelaran Paduka Seri Sultan Iskandar Zulkainal Syah Khalifur Rahman Johan Berdaulat Zilullahfi Alam.
 
PEMBUKAAN RASMI MAJLIS MESYUARAT NEGERI PULAU PINANG YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA-Tarikh Peristiwa pada 25-09-1957

Pada hari ini 25.9.1957, YTM Raja Sir Uda bin Raja Muhammad, Gabenor Pulau Pinang telah merasmikan Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang. Majlis Mesyuarat Negeri ini diadakan buat pertama kalinya semenjak Malaya mencapai kemerdekaan. Istiadat perasmian ini telah dihadiri oleh Y.M. Raja Nur Sadiah, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British, Encik D.J. King serta pemerhati-pemerhati dari luar negara termasuk Konsul Indonesia dan Konsul Siam di Pulau Pinang. Turut hadir di istiadat itu ialah Speaker Majlis Mesyuarat Negeri, Tuan Haji Muhammad Noor bin Hamzah dan Ketua Menteri Pulau Pinang Encik Wong Pow Nee. Raja Sir Uda dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang yakin Perkhidmatan Awam yang ada sekarang dapat mencapai segala tujuan dan cita-citanya. Beliau seterusnya menyatakan harapan kerajaan Pulau Pinang ialah supaya Perkhidmatan Awam hendaklah bebas dari sebarang pengaruh politik. Oleh yang demikian, kerajaan telah membuat peraturan bahawa perkara-perkara seperti perlantikan, kenaikan pangkat dan tatatertib pegawai-pegawai negeri ini diserahkan kepada Suruhjaya Perkhidmatan Awam, iaitu sebuah badan yang dilantik oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Raja Sir Uda seterusnya menyatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang bercadang untuk mengikut dasar-dasar yang ada sekarang untuk meluaskan pembekalan air dan elektrik di kawasan-kawasan luar bandar. Di samping itu juga kerajaan bercadang hendak memajukan rancangan-rancangan tali air supaya tanah-tanah pertanian tidak lagi terancam oleh masalah kemarau dan banjir. Sesungguhnya Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada hari ini dalam tahun 1957 membahaskan perkara-perkara penting yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang bersesuaian dengan kemerdekaan yang dicapai.
 
Back
Top
Log in Register