BTC USD 57,511.0 Gold USD 1,794.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-21/12

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
DEWAN RAKYAT SEBULAT SUARA LULUSKAN AKTA WAKTU STANDARD-Tarikh Peristiwa pada 21-12-1981

Pada hari ini dalam tahun 1981, Dewan Rakyat telah meluluskan Akta Waktu Standard Malaysia yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1982. Ia bertujuan untuk menyeragamkan waktu rasmi bagi seluruh Malaysia. Sebelum akta tersebut diluluskan, Malaysia mempunyai dua waktu rasmi. Satu waktu rasmi bagi Semenanjung yang ditetapkan 7 ½ jam terdahulu dari ‘Greenwich Mean Time’ (GMT) sejak tahun 1941 dahulu, dan satu lagi waktu rasmi bagi Sabah dan Sarawak yang telah ditetapkan 8 jam ke hadapan GMT. Perbezaan waktu selama ½ jam ini telah memberi kesan kepada permulaan dan penamatan waktu bekerja di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Berikutan itu, kerajaan telah mengkaji cadangan untuk menyeragamkan waktu rasmi bagi seluruh negara dan penentuan waktu yang sesuai. Hasil daripada kajian tersebut, waktu rasmi Sabah dan Sarawak, iaitu 8 jam terdahulu daripada GMT telah dipilih sebagai waktu standard bagi Malaysia. Sesungguhnya, kelulusan Akta Waktu Standard telah menyeragamkan waktu komunikasi rasmi urusan pejabat di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak di samping merapatkan hubungan antara keduanya.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PERJANJIAN SEMPADAN PERAIRAN SELAT MELAKA -Tarikh Peristiwa pada 21-12-1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, satu perjanjian mengenai perairan Sempadan Selat Melaka telah ditandatangani di antara kerajaan Malaysia, Indonesia dan Thailand di Kuala Lumpur. Malaysia telah diwakili oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Kadir Yusof, sementara Indonesia diwakili oleh Menteri Galiannya Professor Dr. Sumatri Brodjonegoro dan Thailand pula oleh Setiausaha Rendah Negeri bagi Pembangunan Negara di Kementerian Pembangunan Negara Thailand, Encik Vijaya Sethapat. Perjanjian ini menetapkan garis batas laut di perairan Selat Melaka untuk ketiga-ketiga buah negara. Ianya terhasil daripada rundingan yang diadakan di Bangkok bermula pada bulan Oktober. Berikutan daripada termeterainya perjanjian ini, usaha untuk meneroka sumber kekayaan di kawasan yang melampaui sempadan negara masing-masing bagi faedah bersama dapat dilaksanakan. Justeru itu sebarang pertikaian mengenai dasar laut dan lapisan bumi di bawahnya yang mengandungi sumber kekayaan yang belum lagi diterokai dapat dihapuskan. Sesungguhnya, perjanjian ini merupakan sumbangan positif ke arah keamanan dan kestabilan rantau ini. Secara tidak langsung, ia merupakan langkah tegas ke arah merapatkan kerjasama dalam usaha mencari kekayaan dasar laut untuk kemakmuran bersama ketiga-tiga buah negara.
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
BANGUNAN SERBAGUNA PERPUSTAKAAN CAWANGAN KELANG YANG BERHARGA RM50,000 TELAH DIBUKA DENGANA RASMI OLEH EXCO KERAJAAN SELANGOR-Tarikh Peristiwa pada 21-12-1987

Taraf ilmu pengetahuan merupakan penilaian asas kemajuan sesebuah negara. Masyarakat harus dipupuk dengan semangat dan minat di bidang keilmuan. Usaha-usaha sebegitu dijalankan dengan pelbagai cara antaranya penyediaan perpustakaan. Bagi Kerajaan Selangor, satu bangunan serbaguna perpustakaan Cawangan Kelang telah dibuka pada 21.12.1980 oleh Exco Kerajaan Selangor, Datuk Hj. Saned b. Haji Said. Bangunan yang dibina akan menjadi perpustakaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan bahan-bahan bacaan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada orang dewasa. Berucap semasa merasmikan bangunan tersebut, beliau berharap masyarakat akan dapat menggunakan peluang yang tersedia untuk menambah ilmu pengetahuan selain daripada dapat menghindarkan diri terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti penjenayah, penagih dadah, anti nasional dan sebagainya. Bangunan yang berharga RM 55,000 terdiri daripada satu bilik tambahan untuk bahagian rujukan, satu bilik kakitangan dan satu bilik serbaguna. Hari ini masyarakat di Malaysia, masih lagi bersikap dingin terhadap pembacaan walaupun telah diadakan program-program seperti bulan membaca, pesta buku dan sebagainya. Jika sikap masyarakat tidak berubah dan usaha-usaha tidak digandakan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju agak sukar jika rakyatnya tidak minat membaca.
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
BERITA KEBANGKITAN PAHANG SAMPAI KEPADA RESIDEN RODGER-Tarikh Peristiwa pada 21-12-1891

Pada hari ini 21.12.1891,1 Residen Pahang W.P. Rodger telah menerima berita mengenai serangan oleh kumpulan penentang Inggeris ke atas pasukan polis yang dihantar ke Lubuk Terua. Serangan ini merupakan permulaan berlakunya kekacauan di daerah Semantan yang akhirnya merebak menjadi satu pertempuran besar dikenali dengan 'Pemberontakan Pahang'. Pemberontakan ini diketuai oleh Dato' Bahaman bekas Orang Kaya Indera Pahlawan Semantan. Berita mengenai serangan ini diterima selepas beberapa hari kejadian tersebut berlaku. Serangan yang dilakukan oleh Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya adalah kemuncak dari dendam yang sekian lama terpendam terhadap Inggeris. Pembesar-pembesar Melayu dengan hasil kutipan cukai mereka biasanya menjadi sasaran utama pentadbiran Inggeris di semua negeri-negeri yang dikuasainya, termasuk Pahang. Dalam hal ini, Dato' Bahaman tidak terkecuali. Sejak awal lagi hubungan antara Dato' Bahaman dengan Inggeris adalah buruk. Inggeris menuduh beliau mengutip cukai secara haram. Ini diikuti dengan pembinaan sebuah balai polis di kawasannya, di Lubuk Terua. Seterusnya Inggeris telah mempengaruhi Tengku Mahmud yang dilantik menjadi Tengku Besar supaya memecat Dato' Bahaman dan menarik balik gelaran Orang Kaya Indera Pahlawan Semantan, salah seorang dari Orang Besar Delapan Pahang. Serangan ke atas anggota-anggota polis dan Balai Polis Lubuk Terua dibuat setelah tiga orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap oleh Inggeris atas tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa kebenaran. Apabila Residen Rodger menerima berita mengenai serangan ini, Inggeris pun mula mengatur gerakan menghapuskan penentang-penentang pimpinan Dato' Bahaman. Sepasukan anggota polis dari Kuala Kubu yang terdiri dari sepuluh orang polis Melayu dan dua puluh lima orang Sikh, diketuai oleh Kapten Syers telah dikejarkan ke Pahang. Bantuan juga diperolehi dari Selangor dan lain-lain tempat. Sesungguhnya Inggeris telah menggunakan kesempatan ini untuk menumpaskan pengaruh Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya dari merebak kekawasan-kawasan lain, di samping melemahkan kegiatan menentang penjajahan di kalangan orang-orang tempatan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register