eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SEMINAR MEROKOK DAN KESIHATAN-Tarikh Peristiwa pada 21-10-1985
Merokok merupakan salah satu daripada masalah-masalah kesihatan yang besar yang boleh dielakkan. Keburukan kesihatan akibat dari merokok telahpun dikaji seluas-luasnya dan penerangan-penerangan yang jelas mengenai merokok membahayakan kesihatan telah diperjelaskan kepada orang ramai. Satu seminar mengenai `merokok dan kesihatan’ telah diadakan, bertempat di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur dan majlis penutupnya telah dilakukan oleh Menteri Kesihatan Dato’ Chin Hon Ngian, pada hari ini 21.10.1985.
Dalam ucapan Dato’ Chin Hon Ngian di majlis penutup tersebut, antara lain beliau menekankan bahawa :-
Kerajaan Malaysia seperti kerajaan-kerajaan lain telah menitik beratkan terhadap masalah kesihatan bersabit dengan merokok dan telahpun melebelkan amaran kesihatan di setiap kotak rokok di samping menjalankan aktiviti-aktiviti anti merokok yang lain.
Di antara mesej yang ingin di sampaikan melalui seminar iaitu:
Untuk tidak menggalakan mereka yang tidak merokok mengamalkan tabiat merokok.
Untuk melindungi mereka yang tidak merokok daripada asap rokok dan akibat bahaya daripadanya.
Untuk menggalakkan penghisap-penghisap rokok supaya berhenti merokok.
Dalam seminar itu telah diperjelaskan di antara beberapa penyakit yang ada kaitan dengan merokok iaitu kanser paru-paru, bronkitis dan emfisema, lemah jantung, penyakit-penyakit sistem saluran darah, barah bibir, lidah, mulut, halkum, tekak, kerongkong dan pundi air kencing. Penyakit-penyakit tersebut ada kaitan dengan racun yang terdapat dalam asap rokok, terutama sekali kandungan nikotin dan tar yang ada dalam asap rokok. Dengan adanya `Seminar Merokok dan Kesihatan’ selama 2 hari itu, diharap akan membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani masalah perokok-perokok di negara ini, di samping itu juga diharap semua kertas kerja, syor-syor serta cadangan-cadangan yang dibentangkan, akan dapat dijadikan bahan rujukan untuk aktiviti-aktiviti anti merokok di negara ini.