BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Guru: Menteri Kabinet Hargai Jasa, Peranan Warga Pendidik

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
b1d4ec4ee818c0c9cbb1f3267577d7b06826d8c023ee9


Beberapa Menteri Kabinet menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru yang disambut hari ini kepada seluruh warga pendidik di negara ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam hantaran menerusi Facebook berkata guru bukan sekadar mendidik, tetapi juga membentuk hati, mencorak akhlak dan membuka pintu harapan buat setiap insan.

Beliau berkata setiap nasihat, teguran, senyuman dan semangat daripada guru menjadi bekal berharga dalam perjalanan hidup.

“Jasa mereka tidak terhitung dan pengaruh mereka tidak terpadam oleh waktu. Buat guru-guru yang masih setia mendidik, dan juga yang telah pergi meninggalkan dunia – doa kami sentiasa mengiringi.

“Moga Allah membalas segala kebaikan dan mengangkat darjat kalian di dunia dan akhirat. Terima kasih, cikgu. Jasamu abadi,” katanya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata guru adalah jiwa kepada reformasi dalam mendidik bukan sekadar mengajar, tetapi juga membentuk insan yang berprinsip, berakal budi dan bersedia menghadapi cabaran zaman.

“Setiap perubahan besar dalam dunia pendidikan, ada tangan seorang guru yang memulakannya. Anda (guru) bukan sekadar pendidik, anda adalah pemacu harapan dan pembina peradaban,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata beliau percaya pendidikan bukan sekadar proses pemindahan ilmu, tetapi jalan untuk membebaskan manusia daripada belenggu kemiskinan, kejahilan dan ketidakadilan.

“Jasa guru bukan hanya dalam bilik darjah, tetapi ia meresap ke dasar masyarakat dan membentuk masa depan negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register