BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Harga Tiket VIP Wimbledon Lebih Mahal Dari Lamborghini, Ini Sebabnya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Jannik Sinner muncul juara perseorangan lelaki di Wimbledon buat kali pertama selepas dia menewaskan juara bertahan dua kali Carlos Alcaraz, 4-6, 6-4, 6-4, 6-4. Ketika dunia sedang membincangkan mengenai kejayaan Sinner, terdapat satu cerita unik mengenai harga tiket tempat duduk VIP bagi kejohanan itu. Nama tempat duduk tersebut dipanggil sebagai center court debenture seat, tempat duduk paling eksklusif di salah satu kejohanan tahunan terbesar tenis itu. Tempat duduk itu dijual dengan harga $275,300 atau sekitar RM1.2 Juta. Dengan harga ini, anda membayar lebih dari sekadar pemandangan.​

1752569695887.png

Anda dijamin mendapat tempat duduk selama 5 tahun. Selain itu, anda akan mendapat akses ke ruang istirahat VIP serta menikmati makanan tahap restoran Michellin. Selain itu, anda juga boleh beramah mesra dengan tetamu VIP yang termasuk kerabat diraja, bilionair, dan bintang Hollywood seperti Hugh Jackman dan Kim Kardashian. Pada 2015, pemandu Formula 1 iaitu Lewis Hamilton tidak dibenarkan masuk hanya kerana beliau lambat dan tidak memakai tali leher. Wimbledon menjadi salah satu kejohanan yang mempunyai prestij tersendiri dan menjadi pilihan untuk golongan maha kaya untuk bersosial.​

1752569710372.png
 
Back
Top
Log in Register