BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Harap bukan mayat emak'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.JPG


SABAK BERNAM – “Kami berdoa mayat yang ditemui di sungai itu bukanlah emak, kerana dia tak mampu berjalan sejauh itu memandangkan usianya yang uzur,” kata seorang menantu, Abdul Rahim Basri, 49, selepas ibu mertuanya, Zainab Lani, 85, ditemui mati lemas.

Zainab yang tinggal di Jalan Tok Johan, Kampung Bagan Tunjang, Sabab Bernam dilaporkan hilang sejak enam hari lalu di kebun kelapanya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya hingga menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.

Abdul Rahim berkata, adalah mustahil ibu mertuanya itu pergi ke sungai yang jaraknya tiga kilometer dari kebun kelapa, sedangkan kebiasaannya Zainab akan pulang ke rumah.

Bagaimanapun menurutnya, sebaik saja pengecaman mayat dibuat, ahli keluarga yang menyaksikan penemuan itu reda dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang melihat mayat di bawa arus sungai.

Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa melibatkan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam dan Jabatan Pertahanan Awam Sabak Bernam.

“Pasukan menyelamat hanya berjaya mengesan mangsa selepas lima jam melakukan operasi mengesan dan mencari mangsa, bagaimanapun kami melalui kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana berada di bawah timbunan sampah dan semak," katanya.

Menurutnya, mangsa yang dibawa arus sejauh 10 kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh hanya berjaya dibawa keluar kira-kira jam 5 petang dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah.
 
dah jumpa..pg mana la sampai ke sungai tu agaknya
 
al-fatihah....

takziah tuk kluarga arwah....
 
Back
Top
Log in Register