BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARAM Trading Forex: UZAR

salam...
nak mencelah sikit...

ni hasil perbincangan aku ngam org besar al-rahji bank dan ngam pensyarah kat KUZA...

mls nak terang panjang lebar...pasal sesorang tu perlu ada inisatif sendiri untuk mencari kebenaran tentang isu ini...

hasil daripada penerangan dan juga pebincangan panjang lebar ngam diorang...diorang menyatakan ianya pada dasarnya ialah HARUS...

jadi....aku tetap ngam keputusan aku untuk berforex...

wasallam....:">:">:">
 
Ok bro, jom kita bincang semula...:)
Nak tanye sikit...berdasarkan kenyataan bro.

Kalau trader tu pilih laverage 1:400, trading 1.0 lot, maka:
Trader sediakan margin USD 250 manakala selebihnya USD 9750 ditampung oleh broker.

Soalan saya:
1.
250 tu modal trader ke? kalau trader kuarkan modal USD 500, maka selebihnya broker kene tampung USD 9500 la? Kalau modal USD 1k pulak, broker kene tampung USD 9k ke?

2.
Bagaimana pula kalau laverage 1:100, 1:500, mcam mana kiraanya? :-?

3.
Katakan keputusan dari trading trader tersebut RUGI, so dah tentu trader kerugian USD 250, macam mana dengan margin USD 9750 yang ditampung oleh broker? Adakah broker pun rugi USD 9750 juga? :-?:-?:-?

Ok, aku terangkan semula.. :)
1:1 bererti wang jaminannya = nilai kontraknya (100%)
1:50 bererti wang jaminannya 2% dari nilai kontrak
1:100 bererti wang jaminannya 1% dari nilai kontrak
1:200 bererti wang jaminannya 0.50% dari nilai kontrak
1:400 bererti wang jaminannya 0.25% dari nilai kontrak
1:500 bererti wang jaminannya 0.20% dari nilai kontrak

Sebelum aku menjawab soalan, beberapa perkara sedara kena jelas maksud iaitu;

Capital Invenstment (Modal) - Jumlah yg dimasukkan oleh trader ke dalam account. Contoh; sesetengah broker menetapkan minimum capital utk membuka standard account adalah US$2000.
Margin - Jumlah security deposit yg ditolak dpd Modal di dalam account trader.

Jawapan:
250 tu modal trader ke? kalau trader kuarkan modal USD 500, maka selebihnya broker kene tampung USD 9500 la? Kalau modal USD 1k pulak, broker kene tampung USD 9k ke?

Penjelasan menggunakan nilai lot mini account:
$250 adalah margin yg ditolak (reserved) daripada modal yg terdapat di dalam trading account.

Andaikan sedara maksudkan USD$1000 adalah margin, maka broker akan tampung jumlah baki transaksi (order) yg dilakukan oleh broker.

Cth: Standard lot.
Nilai 1:1 adalah $10000 untuk 1.0 lot.
Jika trader membeli 2.0 lot, maka margin yg sepatutnya disediakan oleh trader adalah 2.0 x $10000 = $20000.

Jika trader memilih leverage 1:500, maka margin yg akan ditolak melalui account trader adalah.
2.0 lot x 100,000 x 0.20% = $400

Kesimpulannya;
Trader keluarkan $400, manakala baki $19600 ditampung oleh broker.

Penjelasan;
Apakah broker akan rugi jika trader rugi?
Jawapan: TIDAK, kerana broker telah lock jumlah yg ditampung oleh mereka.

Jika trader rugi, maka jumlah yg ditolak adalah BAKI MODAL yg terdapat di dalam account trader. Dan jika trader untung, keuntungan juga akan masuk ke account trader.

Di sini wujud kekeliruan terhadap trader yg mengatakan bahawa TIDAK WUJUD PINJAMAN, padahal mereka tidak sedar bahawa mereka telah dibantu oleh broker TANPA SEDAR.

Mengapa tidak wujud perjanjian pinjaman bersama broker?
Jawapan; Tidak ada keperluan bagi pihak broker dalam perkara ni disebabkan broker boleh mengawal 100% risiko yg mereka hadapi. Bahkan broker telah melakukan kawalan margin (risk locking).

2.
Bagaimana pula kalau laverage 1:100, 1:500, mcam mana kiraanya? :-?

Jawapan:

Aku dah beri contoh kiraan lot bagi leverage 1:500, sekarang aku tunjukkan kiraan 1:100 pula;

Cth: Standard lot.
Nilai 1:1 adalah $10000 untuk 1.0 lot.
Jika trader membeli 2.0 lot, maka margin yg sepatutnya disediakan oleh trader adalah 2.0 x $10000 = $20000.

Jika trader memilih leverage 1:100, maka margin yg akan ditolak melalui account trader adalah.
2.0 lot x 100,000 x 1% = $2000

Kesimpulannya;
Trader keluarkan $2000, manakala baki $18000 ditampung oleh broker.

Disebabkan pihak broker perlu menampung baki transaksi (trade order) maka broker memerlukan banyak liquidity provider spt bank2 utk expand perniagaan mereka.

Kebanyakkan broker menawarkan leverage (1:100, 1:50) yg rendah untuk standard dan institutional account bagi mengurang beban mereka untuk menampung nilai margin.

3.
Katakan keputusan dari trading trader tersebut RUGI, so dah tentu trader kerugian USD 250, macam mana dengan margin USD 9750 yang ditampung oleh broker? Adakah broker pun rugi USD 9750 juga? :-?:-?:-?

Jawapan:

Jika untung, jumlah modal di dalam account trader akan bertambah.
Jika rugi, jumlah modal di dalam account trader akan berkurang.

Apa yang berlaku kepada margin yg dikeluarkan oleh broker? Tidak terjejas sedikit pun.

Apakah berlaku pinjaman? YA
Apakah pinjaman tersebut adalah riba? YA, sudah dijelaskan oleh Uzar.

Wallahualam..
 
Last edited:

1. Perkara riba sudah dijelaskan dalam post aku yg terakhir sebelum ni. Baca sampai faham terutama yg aku highlightkan warna biru dan merah.

2. Di sini tak muncul fatwa baru, tapi ia melibatkan fatwa jual-beli dalam Islam yg sudah sekian lama terpakai.

3. Perkara suka rela sama sekali tidak boleh menjadi syarat harus jual-beli sesuatu perjanjian.
Cth lain: Abu rela rugi apabila berjudi.

Kenapa sedara tidak guna perkara yang no 3 itu untuk haramkan pinjaman islamik yang ada sekarang....sebab semuanya itu datang dari sistem konvensional tapi diIslamkan...walaupun ianya pinjaman Islamik tapi margin profitnya sama dengan konvensional...malahan sesetengahnya lebih mencekik...Islam mengharamkan riba untuk elakkan penindasan dalam kemudahan yang diberikan, tapi pinjaman Islamik yang ditawarkan cuba menghalalkan penindasan melalui aqad jual beli. Maka jika diguna konsep no 3 itu, perkara suka rela dalam bab margin profit bank yang cuba diterima secara suka rela itu tidak sah, kerana ianya tetap amalan penindasan dalam sistem riba walaupun cuba dihalalkan melalui aqad jual beli...

Dalam Islam, tiada penindasan sebegini. Roh Islam itu melalui konsep tolong menolong, sistem zakat, sedekah dll. Jika difikirkan apa kos bank sebenarnya sehingga margin profit sehingga 10 percent?

sebenarnya sedara pun tak tau apa yang sedara cakapkan...
 
Jawapan mudah antara Ya atau Tidak pun kena PM?Ok, terima kasih.
 
Last edited:
1. Bolehkah kita membeli tanah/rumah dengan hanya membayar margin sahaja kemudian menjual semula utk mendapat untung?
2. Bolehkah kita membeli emas dengan hanya membayar margin sahaja kemudian menjual semula utk mendapat untung?

Kenapa tidak boleh? Emas fizikal memang tidak boleh, sebab jumhur ulama berpendapat begitu. Tapi rumah kenapa tidak boleh? Kan ramai yang beli rumah, bayar security deposit atau nama lainnya margin deposit kemudian jual balik selepas 2-3 tahun walaupun tak abis bayar...cuba semak kat banyak bank berkenaan financing beli rumah secara islamik...banyak konsep islamnya...banyak sekali method financingnya...

Sekali lagi saya ingin beritahu dalam bab pemilikan sesuatu benda, terdapat banyak cara....pemilikan bukan terhad kepada loan sahaja... Bukannya melalui loan sahaja...banyak juga cara financing yang lain...jika sedara tidak tau bukan bermakna ianya tiada....

Sekarang sedara cuba jawab soalan saya.

1) Adakah pemilikan atau cara untuk memiliki sesebuah rumah hanya melalui loan sahaja?

2) Adakah tidak boleh kita menjual rumah yang kita beli melalui bank Islam, Bank Muamalat dll? Walaupun kita belum habis bayar?
 
Di dalam perbincangan ini beberapa aku sudah jelaskan:

1. Perkara Syubhah
2. Perkara khilaf dan Tidak khilaf di dalam forex online trading
3. Maksud leverage berdasarkan NFA dan CFTC.
4. Wujud pinjaman / tampungan di dalam leverage
5. Penjelasan leverage dalam bentuk kiraan (practical)


Diharap penjelasan terbabit dapat menjawab persoalan2 yg brlegar2 di fikiran para trader.

Aku mohon maaf atas segala perbuatan dan kata2 yg menyinggung mana2 rakan yg mengikuti thread ini. Tugas aku berkongsi segala yg aku faham tentang forex online trading, telah aku sampaikan.

Alhamdulillah.. Aku dah usahakan utk menyampaikan amanah tersebut..

Aku yakin tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
Aku yakin bahawa hidayah itu datangnya dpd Allah SWT.

Segala kebaikan adalah semuanya dpd Allah SWT, dan
segala keburukan datangnya dpd kelemahan diriku sendiri.

Aku tamatkan perbincangan sehingga post ini..

Jazakumullahu Khayran Katshiran.. :);)
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.11946
USD / JPY
156.843
GBP / USD
1.33723
USD / CHF
0.82517
USD / CAD
1.40068
EUR / JPY
175.579
AUD / USD
0.70370
Back
Top
Log in Register