BTC USD 62,684.2 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARAM Trading Forex: UZAR

baru2 ni aku da borak2 ngn mat bangla ni .. dia gtau dia slalu hntr wang kt family dia kt bangladesh,... haram x tu ??? da tukaran wang kt situ ???

klau haram kesian mat bangla tu .. wt baik hntr duit kt family kt kmpg pn dpt dosa ....

alamak ~X(~X(~X(~X(
 
Tak pernah aku jumpa dalam catatan sejarah Ulama sambil mengajar sambil buat promosi jualan
(sorry to say,ni pendapat aku sendiri)

tu besa la .... cra masing nk promosi .. utk tmbh pndptan ...
:D... nk trade fx haram ... tp klau mat saleh beli buku2 tu ,, pkai usd ,, haram x ????
 
aku pada mulanya berfikir juga apa yg dikatakan sebelum ni dan aku berusaha untuk dia masuk ke forum ni dan cuba untuk berhujah disini.Sebab apa?sebab dia yg mengatakan macam ni dan ada juga ulama lain yg berpendapat berbeza..bagi aku tak salah pun dan cuma memerlukan dalam beberapa minit je untuk melayan forum ni..

cuba ko senaraikan forum lain yg betul2 banyak membincangkan hal ni??Kalau dah carigold paling ramai Uzar patut fokus kat sini jelah tak perlu tempat lain dah..geng2 forum lain mesti datang mengunjung ke sini sebab Uzar dah datang memberikan hujahnya

Sekarang apa yang berlaku ialah,Uzar memberikan pendapat sendiri yg membuatkan kita disini bercanggah pendapat dan ada yg bergaduh..malah ada yg memperkecilkan dan menghina..adakah itu baik??Walhal pendapat dia belum tentu betul dan belum tentu salah..sebab seperti aku cakap ada juga ulama lain yg memberikan keringanan..sila baca posting Encikz yg banyak bagi rujukkan.

Jadi Wangemas mungkin ada kudrat untuk mengajak Uzar tu datang kesini..sebab apa yg aku mampu hanya post kat blog dia suruh datang ke sini..kot2 ko ada contact number dia.

Aku tak lama dalam dunia forex..baru dalam 3 tahun..tapi carigold yg aku jumpa yg merupakan tempat paling ramai trader berbincang...Jadi alasan untuk melayan banyak forum sukar utk diterima pakai...

Apa yg aku nampak,bila pergi blog dia..penuh dengan iklan yg berbayar Rm50 setiap bulan (cuba kira berapa jumlah iklan tu) dan juga promosi buku2 dia...

Tak pernah aku jumpa dalam catatan sejarah Ulama sambil mengajar sambil buat promosi jualan
(sorry to say,ni pendapat aku sendiri)

Aku harap ada perbincangan dua hala...bukannya sorang buka isu, pihak lain yg bergaduh...tiada siapa yang untung..Kalau Uzar datang disini sedikit sebanyak perbincangan ilmiah akan berlaku...

Kepada yg suka posting merepek harap stop it lah..jangan buat lawak2 dalam topik macam ni

aku yakin dia mempunyai alasan yg kukuh utk tidak menyertai perbincangan secara terbuka diforum2 yg wujud di Malaysia ni. Bukan semua faham apa yg dibincangkan. Yg trade forex pun bukan semua yg betul2 faham ttg trading, ni kan pulak hal2 berkaitan bab menentukan hukum. Nak tentukan hukum baik halal atau pun haram bukan perkara kecil, tapi kesannya boleh membawa diri org tersebut termasuk yg berijtihad masuk ke neraka.

Kite tengok komen2 yg terdapat dlm blog dia dah menunjukkan bagaimana respon dan reaksi terhadap pandangan beliau. Ada yg memaki hamun, ada yg mengungkit hal peribadi bagi tujuan melemahkan usaha beliau.

ps: Mintak bagi ceramah nak free, nak merawat pesakit mintak free, mintak nasihat pun nak free, habis ulama' nak makan apa? duit turun daripada langit?
 
Last edited:
Kes forex dari segi hukum, kalau setakat bagi pendapat berdasarkan ilmu masing-masing, takde masalah rasanya. Yang jadi masalah, pengikut dia paksa orang lain follow pendapat ustaz dia jer. Ke mana-mana bawak hujah ustaz dia macam nak promote jer.
 
ps: Ada pula yg berani menyalahkan Islam semata2 tidak bersetujud terhadap hukum yg bertentangan dgn kehendak mereka.[/B]

bro, rasanya ada beza antara menyalahkan islam dgn menyalahkan org yg interpret hukum kan?

asalkan ada kelulusan dalam agama islam then bagi pendapat, kemudian pendapat tu disanggah oleh org lain, org lain tu dah dikira sebagai sanggah islam ker?:-?
 
bro, rasanya ada beza antara menyalahkan islam dgn menyalahkan org yg interpret hukum kan?

asalkan ada kelulusan dalam agama islam then bagi pendapat, kemudian pendapat tu disanggah oleh org lain, dah kira sebagai sanggah islam ker?:-?:-?:-?

sedara boleh baca komen2 dan pandangan rakan2 yg tidak bersetuju dgn USt. Ada yg salahkan Uzar, dan ada yg salahkan Islam. dua2 jenis pun ada.. #:-S

Harap sedara boleh nampak perbezaan.. :">
 
aku yakin dia mempunyai alasan yg kukuh utk tidak menyertai perbincangan secara terbuka diforum2 yg wujud di Malaysia ni. Bukan semua faham apa yg dibincangkan. Yg trade forex pun belum betul2 faham ttg trading, ni kan pulak hal2 berkaitan bab menentukan hukum. Nak tentukan hukum baik halal atau pun haram bukan perkara kecil, tapi kesannya boleh membawa diri org tersebut termasuk yg berijtihad masuk ke neraka.

Kite tengok komen2 yg terdapat dlm blog dia dah menunjukkan bagaimana respon dan reaksi terhadap pandangan beliau. Ada yg memaki hamun, ada yg mengungkit hal peribadi bagi tujuan melemahkan usaha beliau.

ps: Mintak bagi ceramah nak free, nak merawat pesakit mintak free, mintak nasihat pun nak free, habis ulama' nak makan apa? duit turun daripada langit?

Come onlah...ko kalau ada daya..ajak dia datang kesini dan tak perlu memikirkan apa yg mungkin dia mempunyai alasan..Sekarang ni disini umat Islam berpecah bergaduh kerana kenyataan yg dia berikan..Dia dah mati ke?Masih hidupkan?So apa salahnya datang ke tempat yg sebenar untuk berdakwah..Bukannya sekadar bercakap di negeri Johor tapi masalah yg sedang berlaku di Kelantan.Datang ke Johorlah untuk bercakap dengan orang2 nya...Konsep Nabi dah ajar...dah tunjukkan pun masa di Mekah dan Madinah dulu

Sekarang komen2 dia tak dapat dibuat secara perbincangan..kene faham blog dan forum..blog merupakan satu arah walaupun ada teknik komen..tapi komen tu boleh didelete dan susah dipantau oleh tukang komen..Forum seperti perbincangan sebenar walaupun online..Jemput dia datang sini dan berbincang dengan orang yg tahu seperti Encikz..

ps: sapa kata semua nak free..orang semua boleh fikir..nak berak pun kene bayar Rm0.20 utk tandas awam..kitaorang faham..tapi kene faham juga teknik blogging memang menghasilkan puluhan ribu ringgit..jangan sampai kerana kenyataan dia..membuatkan orang lain mempunyai perasaan yg buruk dan menghitamkan hati..

tapi ko menyebut Ulama nak makan apa?Macam aku cakap..cari mana-mana catatan sejarah dunia ulama..mana ulama yg menyampaikan ilmu sambil buat promosi??Dan pastekan kat sini...
kebanyakkan ulama dulu ada bisnes lain seperti ternakkan dan pertanian...
 
Come onlah...ko kalau ada daya..ajak dia datang kesini dan tak perlu memikirkan apa yg mungkin dia mempunyai alasan..Sekarang ni disini umat Islam berpecah bergaduh kerana kenyataan yg dia berikan..Dia dah mati ke?Masih hidupkan?So apa salahnya datang ke tempat yg sebenar untuk berdakwah..Bukannya sekadar bercakap di negeri Johor tapi masalah yg sedang berlaku di Kelantan.

Sekarang komen2 dia tak dapat dibuat secara perbincangan..kene faham blog dan forum..blog merupakan satu arah walaupun ada teknik komen..tapi komen tu boleh didelete dan susah dipantau oleh tukang komen..Forum seperti perbincangan sebenar walaupun online..Jemput dia datang sini dan berbincang dengan orang yg tahu seperti Encikz..

ps: sapa kata semua nak free..orang semua boleh fikir..nak berak pun kene bayar Rm0.20 utk tandas awam..kitaorang faham..tapi kene faham juga teknik blogging memang menghasilkan puluhan ribu ringgit..jangan sampai kerana kenyataan dia..membuatkan orang lain mempunyai perasaan yg buruk dan menghitamkan hati..

tapi ko menyebut Ulama nak makan apa?Macam aku cakap..cari mana-mana catatan sejarah dunia ulama..mana ulama yg menyampaikan ilmu sambil buat promosi??Dan pastekan kat sini...
kebanyakkan ulama dulu ada bisnes lain seperti ternakkan dan pertanian...

sedara nak haramkan guru2 agama, ustaz ataupun ulama' buat perniagaan ke? Haram ke jual buku? Haram ke jual iklan? menyalahi etika ke kalo guru agama buat perniagaan? Bukankah Rasul SAW pernah bersabda, "9/10 dpd pintu rezeki adalah daripada perniagaan.". Maka buatlah apa sahaja perniagaan asalkan mematuhi hukum syarak.

ps: sebelum ni aku ada bgtau yg UZAR ni merupakan salah seorang ahli panel yg diberi tanggungjawab utk mengkaji ttg pelaburan dan bagaimana nak menjadikan sesuatu pelaburan itu selaras dan mematuhi hukum syarak.
 
Ye berniaga adalah pintu rezeki...nabi kita yang katakan dan kita patut menyahut apa yg baginda ajarkan...tapi dalam hal sekarang orang boleh berprasangka buruk iaitu MENJUAL AGAMA...mengajar-mengajar tapi ditepinya ada iklan dan buku-buku agama...adakah itu menguntungkan??Dalam platform apa untuk dapatkan rezeki tu...dalam perniagaan yg disyorkan atau dalam menyampaikan dakwah sambil cari rezeki??

Macam aku cakap..cari sejarah ulama mana yg mengajar sambil buat promosi...

macam ko ni aku tengok kuat backing Uzar..Alhamdulillah bagus..kalau ianya benar..kalau tak benar macam pula..sebab isu sekarang ada percanggahan pendapat ulama...jadi ko yg sebelah dia..jemputlah dia datang kesini..takkan ko nak jadi hero sorang disinikan. .. (sorry ni bukan ayat nak ajak bergaduh..tapi nak memberikan pendapat)

aku ada suka lawati blog sesetengah ustaz lain yg blognya bersih dari sebarang iklan..

Sekarang ni aku nak Uzar datang ke sini untuk berhujah disini..aku cuba tapi aku tak jumpa no tel dia...daripada kita bergaduh kerana dia..adalah lebih baik dia datang dan berbincang dengan kita....Insyaallah bila perbincangan tu ada...Hidayah Allah tu datang..

Sorry aku terasa sangat ni,sebab sebelum ni aku dah jemput macam2 alasan Uzar berikan...tapi tup2 sekarang bagi hujah panas yg lain..apa ertinya ni
 
Last edited:

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15508
USD / JPY
160.178
GBP / USD
1.33800
USD / CHF
0.79646
USD / CAD
1.39381
EUR / JPY
185.019
AUD / USD
0.70523
Back
Top
Log in Register