BTC USD 81,759.6 Gold USD 4,093.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARAM Trading Forex: UZAR

Ye berniaga adalah pintu rezeki...nabi kita yang katakan dan kita patut menyahut apa yg baginda ajarkan...tapi dalam hal sekarang orang boleh berprasangka buruk iaitu MENJUAL AGAMA...mengajar-mengajar tapi ditepinya ada iklan dan buku-buku agama...adakah itu menguntungkan??Dalam platform apa untuk dapatkan rezeki tu...dalam perniagaan yg disyorkan atau dalam menyampaikan dakwah sambil cari rezeki??

Macam aku cakap..cari sejarah ulama mana yg mengajar sambil buat promosi...

aku ada suka lawati blog sesetengah ustaz lain yg blognya bersih dari sebarang iklan..

Sekarang ni aku nak Uzar datang ke sini untuk berhujah disini..aku cuba tapi aku tak jumpa no tel dia...daripada kita bergaduh kerana dia..adalah lebih baik dia datang dan berbincang dengan kita....Insyaallah bila perbincangan tu ada...Hidayah Allah tu datang..

Setahu aku UZar tgh sambung phd dalam bidang ekonomi kat london, majoring forex trading.

ps: sesuai ke dia nak pelihara kambing di mesia ni.. :eek:

TG Nik Aziz tulis buku = jual buku = jual agama? :-?
TG Harun Din tulis buku = jual buku = jual agama? :-?

Teringat kata2 Saidina Umar Al-Khattab, "Didiklah anak2 kamu mengikut zamannya."
 
Ko gelaklah Wangemas..takpe daripada aku layan ko yg mana aku tak nampak manfaatnya.Sebab sifat ko kelihatan sentiasa nak menang bukannya lebih kepada musyawarah lagi-lagi bila pendapat ko,orang lain tak boleh terima.

Baik aku cuba dapatkan contact dan usahakan sampai Uzar dapat berbincang disini..sekurang2nya memberikan manfaat kepada kita semua....

Jual buku Tok Guru Nik Aziz dan Dato Haron Din,adakah masa dua ulama ni menyampaikan ilmu..buku2 beliau ada terpampang sebelah microphonenya??

Sebab aku tak jumpa mana2 blog dua ulama yg ko sebutkan ni sambil buat promosi..yg promote ilmu2 catatan mereka ni selalunya anak-anak muridnya dan peminatnya sahaja

ps: sesuai ke dia nak pelihara kambing di mesia ni.. :eek:
aku tak faham kenapa ko perlu gelakkan tentang kambing ni...adakah ko memperlekehkan perternakkan ni?
 
Last edited:
Majoring in Forex Trading.hehe lepas ni dia nak jadi trader.Pergh..power tu.:D

Lepas ni dia boleh buat kelas pulak.Ribuan pips sejam.:D
 

ps: Mintak bagi ceramah nak free, nak merawat pesakit mintak free, mintak nasihat pun nak free, habis ulama' nak makan apa? duit turun daripada langit?

aku kurang setuju dengan statement 'ps'tu... pada aku ceramah/ngajar mende lain boleh la nak nak berbayar.. tp kalau ngajar/ceramah yg dr Al-Quran/Hadith utk cari duit mmg aku x stuju... nabi pun x pernah minta duit ngajar pd sahabat2.. dlm Al-Quran byk ayat yg Allah berfirman mafhumnya"Janganlah kamu menjual ayat2 aku dengan harga yg sedikit"

Psal rezki plak Allah dah tetapkan, so x perlu risau...

yg lain no komen...
 
Ko gelaklah Wangemas..takpe daripada aku layan ko yg mana aku tak nampak manfaatnya.Sebab sifat ko kelihatan sentiasa nak menang bukannya lebih kepada musyawarah lagi-lagi bila pendapat ko,orang lain tak boleh terima.

Baik aku cuba dapatkan contact dan usahakan sampai Uzar dapat berbincang disini..sekurang2nya memberikan manfaat kepada kita semua....

well done bro, lebih baik diusahakan perbincangan dua hala dgn orang yg mengeluarkan pendapat bagi mengelakkan salah tanggapan serta fitnah yg membunuh, Insya'Allah akan ada hidayah dari NYA nanti

dalam perkara besar sebegini eloklah kita mendahulukan opportunity to digest something daripada terjebak dalam confrontation yg merugikan

Ilmu NYA sangat luas
 
news update nih.. aku da bace pagi tadi tp x sempat kena pegi keje plak.. so sape2 yg ade pasaan was2 was2 tu lebeh baik tinggalkan dunia forex untuk selamanya.. sesiapa yg tader ilmu memorex tapi just men hentam jer itu dah jatuh hram sbb men ikut nasib jer.. same jer men kat atas bukit kat pahang nun.. belajarlah btul2.. so sentiasalah wat search jgn duk tunggu bulan jatuh ke dalam mulut plak..

hurmm kalau trade kt BSKL tu camne plak ek :-?
 
WangEmas, yang ko duk pung pang pung pang pukul gendang ni, ko nak ape yer?
Cuba ko buat summary sikit apa yang uzar kate...aku cuba nak buat cross check sikit...kot2 ada keringanan dalam isu yang diutarakan Uzar mengikut pendapat ahli ulama' yang lain...itu pun jika ko mengiktiraf orang lain pun ulama...jangan nanti ko kate uzar sorang jer ulama' yang layak memberi pendapat...
 
sedara nak haramkan guru2 agama, ustaz ataupun ulama' buat perniagaan ke? Haram ke jual buku? Haram ke jual iklan? menyalahi etika ke kalo guru agama buat perniagaan? Bukankah Rasul SAW pernah bersabda, "9/10 dpd pintu rezeki adalah daripada perniagaan.". Maka buatlah apa sahaja perniagaan asalkan mematuhi hukum syarak.


ini bukan hadis sahih, sekian terima kasih :D
 
Quote dari blog ustaz:

UZAR : artikel ini hanya untuk mereka yang ingin sedar dan mengambil manfaat. Yang yang tak mahu, it's up to you, nak kutuk ke dan maki ke..tugas saya menerangkan dan ia bukan pendapat peribadi saya seorang malah ilmuan besar seperti Syeikh Mufti Taqi Uthmani dan dah dibentang di Forum Kewangan Dunia di Geneva 30 Januari 2010
 
news update nih.. aku da bace pagi tadi tp x sempat kena pegi keje plak.. so sape2 yg ade pasaan was2 was2 tu lebeh baik tinggalkan dunia forex untuk selamanya.. sesiapa yg tader ilmu memorex tapi just men hentam jer itu dah jatuh hram sbb men ikut nasib jer.. same jer men kat atas bukit kat pahang nun.. belajarlah btul2.. so sentiasalah wat search jgn duk tunggu bulan jatuh ke dalam mulut plak..

hurmm kalau trade kt BSKL tu camne plak ek :-?

Sebab tu basic investment kena ada then baru leh bagi pendapat dari segi hukum tak kira lar siapa pemberi pendapat atau penyokongnya yang nak bertaklid supaya tak menzalimi orang lain tanpa disedari. Memang lar seronok nak menang dalam perbezaan pendapat dan ini bukan perkara baru dalam Islam, kalu idak takde lar wujud bermacam-macam mazhab dalam Islam sampai ada berbunuhan dan tuduh/menuduh. Kan elok senyap jer dari jadi penyokong tak bertauliah. :D upssssss....
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.11226
USD / JPY
158.830
GBP / USD
1.31601
USD / CHF
0.83875
USD / CAD
1.42816
EUR / JPY
176.660
AUD / USD
0.69598
Back
Top
Log in Register