BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARAM Trading Forex: UZAR

Ko gelaklah Wangemas..takpe daripada aku layan ko yg mana aku tak nampak manfaatnya.Sebab sifat ko kelihatan sentiasa nak menang bukannya lebih kepada musyawarah lagi-lagi bila pendapat ko,orang lain tak boleh terima.

Baik aku cuba dapatkan contact dan usahakan sampai Uzar dapat berbincang disini..sekurang2nya memberikan manfaat kepada kita semua....

Jual buku Tok Guru Nik Aziz dan Dato Haron Din,adakah masa dua ulama ni menyampaikan ilmu..buku2 beliau ada terpampang sebelah microphonenya??

Sebab aku tak jumpa mana2 blog dua ulama yg ko sebutkan ni sambil buat promosi..yg promote ilmu2 catatan mereka ni selalunya anak-anak muridnya dan peminatnya sahaja


aku tak faham kenapa ko perlu gelakkan tentang kambing ni...adakah ko memperlekehkan perternakkan ni?

kalau aku buat fatwa(forex haram) sendiri dgn alasan reka cipta pun rasanya dia akan tolong backup aku.
 
tazkirah...dipetik dari http://abuumair1.wordpress.com/2009/09/07/fenomena-berani-berfatwa/

Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu berani berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti.

Pernah satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara, yang ada hubung kait dengan hukum agama. Seperti biasa, ramailah penceramah berfatwa dalam pidatonya, dan penulis pula berhukum melalui pena dan keyboardnya. Walhal dari sudut hukumnya, ia termasuk dalam hukum yang disepakati atau yang sudah ijmak di kalangan fuqaha. Lantaran kejahilan tentang ijmak, atau kejahilan tentang wajibnya menuruti ijmak, golongan seperti ini berani menghebahkan pandangan peribadi yang menyalahi ijmak silam para ulama.

Lihatlah bagaimana permasalahan feqah yang disepakati oleh fuqaha, apabila dibincangkan oleh orang-orang bukan ulama, alih-alih ia menjadi masalah khilaf yang bercabang-cabang pendapatnya. Agaknya, kalau masalah feqah yang sepatutnya khilaf kepada tiga pendapat, jika dibiarkan golongan ini berhukum dan berfatwa, mungkin perselisihan akan jadi 20 pendapat!!!

Berani dan pantasnya mereka berfatwa benar-benar menghairankan. Seakan-akan tidak pernah menghayati satu firman Allah yang termaktub dalam Surah Al-A’raf:

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنزلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A’raf: 33)

Jika kita menyedari kenapa dalam ayat di atas, dosa bertutur tentang Allah dengan jahil dirangkaikan bersama dosa syirik kepada Allah, pasti kita akan ketahui betapa besarnya jenayah memberi fatwa tentang agama tanpa ilmu.

Malang apabila ada kalangan orang Islam menganggap berfatwa adalah satu hobi yang menarik. Sesiapa sahaja boleh menceburi, asalkan mempunyai selonggok buku agama ataupun beberapa keping CD maktabah kitab. Walhal para salaf bertolak-tolak dan mengelak daripada memberi fatwa.

Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.

Golongan salaf merasakan urusan fatwa adalah satu amanah yang sangat besar. Bukan sekadar memberi jawapan segera kepada penyoal bahawa hukum ini halal, dan hukum ini haram. Tetapi ia berkait dengan dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Imam Malik pernah disoal 50 masalah, tetapi beliau tidak menjawab walau satu soalan pun. Imam Malik berkata, “Sesiapa yang mahu menjawab, maka sebelum menjawabnya hendaklah merentangkan dirinya di atas syurga dan neraka, dan bagaimana kesudahannya di akhirat, barulah dia menjawab”.

Kita juga hairan kenapa para ulama yang muktabar cukup berhati-hati dan kerap mengambil jalan tawaqquf apabila berdepan dengan hukum Allah, tetapi orang-orang yang tidak pernah diiktiraf sebagai ulama apatah lagi sebagai mujtahid begitu berani dan boros dalam berfatwa.

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”.

Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”.

Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”.

Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”.

Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.

Demikian cermat dan waraknya para mujtahid dalam memberi fatwa. Mereka menangguh-nangguh jawapan bukan kerana mereka jahil. Tetapi kerana takut kepada Allah. Ibn Solah berkata, “Dalam kalangan mereka ada yang melambat-lambatkan menjawab soalan yang dia tidak ragu padanya (yakni: tahu jawapannya), dan mereka bertawaqquf dalam masalah yang mudah yang dia boleh menjawabnya”.

Sebaliknya, orang-orang yang tidak berilmu pula yang malu untuk tawaqquf, dan malu untuk menyebut ‘aku tidak tahu’. Tetapi tidak pula merasa malu dan segan kepada Allah untuk bercakap tentang hukum-hakamNya tanpa ilmu.

Pantas berfatwa walau tanpa usul periksa adalah tanda bahawa Tuhan tidak memberi taufiq kepada seseorang. Al-Khatib Al-Baghdadi berkata, “Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya”.

Ia juga tanda bahawa kurangnya ilmu seseorang, walau lagaknya seperti ilmuan. Al-Sakhtiyani berkata, “Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama”.

Maka berhati-hatilah dalam berbicara pasal hukum-hakam. Tidak ada keaiban bagi orang yang enggan menjawab soalan atau menjawab dengan kalimah ‘Allahu A’lam’. Tetapi aib yang besar bagi sesiapa yang menjawab segala persoalan dengan kejahilan atau kelewaan. Ibn Mas’ud berkata, “Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila”.

Semoga Allah memberi taufiq kepada kita, dengan menuruti jalan para salaf. Iaitu jalan orang-orang yang warak dalam bertutur terhadap hukum-hakam Allah. Dan hendaklah kita merasa malu dan takut kepada Allah, melebihi malu sesama manusia.
 
Setahu aku UZar tgh sambung phd dalam bidang ekonomi kat london, majoring forex trading.

ps: sesuai ke dia nak pelihara kambing di mesia ni.. :eek:

TG Nik Aziz tulis buku = jual buku = jual agama? :-?
TG Harun Din tulis buku = jual buku = jual agama? :-?

Teringat kata2 Saidina Umar Al-Khattab, "Didiklah anak2 kamu mengikut zamannya."

Saudara boleh tak tolong sampaikan pesanan kat kat Uzar supaya dia larang BNM buat spekulasi forex lagi. Lagipun trader spt kami ni x menjejaskan sepertimana kata belia, yang menjejaskan ialah kegiatan spekulasi matawang bernilai billion dolar seperti yang pernah dilakukan oleh BNM, yang dipimpin oleh KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Saudara sendiri kata dia adalah panel syariah yang dilantik BNM. Harap saudara boleh bagi semangat kat dia utk menegakkan kebenaran.

menurut uzar, melabur emas sama hukum dgn forex jugak.. sebab tu emas x boleh dijadikan matawang. Adakah perlu memberi alasan sebegitu terhadap matawang emas, sebabnya kalau emas berjaya dijadikan matawang.. maka xdelah org jual beli matawang lagi. Xkan nak beli emas dengan emas???? kalau beli dollar, jual pound logik lah jugak!
 
jd puak navi gak best...xyah pakai matawang :)paid
off topic sket :p
 
Pantas berfatwa walau tanpa usul periksa adalah tanda bahawa Tuhan tidak memberi taufiq kepada seseorang. Al-Khatib Al-Baghdadi berkata, “Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya”.

Ia juga tanda bahawa kurangnya ilmu seseorang, walau lagaknya seperti ilmuan. Al-Sakhtiyani berkata, “Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama”.

Maka berhati-hatilah dalam berbicara pasal hukum-hakam. Tidak ada keaiban bagi orang yang enggan menjawab soalan atau menjawab dengan kalimah ‘Allahu A’lam’. Tetapi aib yang besar bagi sesiapa yang menjawab segala persoalan dengan kejahilan atau kelewaan. Ibn Mas’ud berkata, “Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila”.

Semoga Allah memberi taufiq kepada kita, dengan menuruti jalan para salaf. Iaitu jalan orang-orang yang warak dalam bertutur terhadap hukum-hakam Allah. Dan hendaklah kita merasa malu dan takut kepada Allah, melebihi malu sesama manusia.

Ramai betul hari ni berani keluar pendapat (terus beri hukum segera) walhal bukan autoriti atau ulil amri yg wajib kita patuhi. Yang paling menyedihkan mereka yang bertaklid dengan pendapat tersebut dan menganggap ia adalah kebenaran Islam #:-S
 
ni misunderstanding ni... aku xbacking sape2,neutral kata org jawa...tp rasanay yg terasa kat sini tau yg uzar xsuruh pon paste kat sini artikel dia tu. cuma ada yg nak berkongsi artikel ni kat sini...so ape kate org yg paste artikel ni atau sesape pon tlg email kan artikel tu pd bnm/tv3 dan semua media cetak dan elektronik...apa kata? so xkan xde 1 pon yg respon? setakat kecoh kat sini xdpt pe pon...silap2 kite bergaduh sesama kita....minta diorg kompemkan artikel tu atau sebaliknya... kan lebih mudah kita nak buat kesimpulan nanti lepas ahli bijak pandai di negara kita ni bersuara? kalau de masa annti aku nak emailkan gakla...try tgk cmana..be smart bro...jgn gaduh2...kita sume bersaudara...peace!!!!
 
Ye berniaga adalah pintu rezeki...nabi kita yang katakan dan kita patut menyahut apa yg baginda ajarkan...tapi dalam hal sekarang orang boleh berprasangka buruk iaitu MENJUAL AGAMA...mengajar-mengajar tapi ditepinya ada iklan dan buku-buku agama...adakah itu menguntungkan??Dalam platform apa untuk dapatkan rezeki tu...dalam perniagaan yg disyorkan atau dalam menyampaikan dakwah sambil cari rezeki??

Macam aku cakap..cari sejarah ulama mana yg mengajar sambil buat promosi...

macam ko ni aku tengok kuat backing Uzar..Alhamdulillah bagus..kalau ianya benar..kalau tak benar macam pula..sebab isu sekarang ada percanggahan pendapat ulama...jadi ko yg sebelah dia..jemputlah dia datang kesini..takkan ko nak jadi hero sorang disinikan. .. (sorry ni bukan ayat nak ajak bergaduh..tapi nak memberikan pendapat)

aku ada suka lawati blog sesetengah ustaz lain yg blognya bersih dari sebarang iklan..

Sekarang ni aku nak Uzar datang ke sini untuk berhujah disini..aku cuba tapi aku tak jumpa no tel dia...daripada kita bergaduh kerana dia..adalah lebih baik dia datang dan berbincang dengan kita....Insyaallah bila perbincangan tu ada...Hidayah Allah tu datang..

Sorry aku terasa sangat ni,sebab sebelum ni aku dah jemput macam2 alasan Uzar berikan...tapi tup2 sekarang bagi hujah panas yg lain..apa ertinya ni

alamak.. dah mula buat counter attack pulak dah..

apa benda kuar isu ulama' dilarangkan berniaga ni? :">

ps: Takkan kerana Uzar keluarkan hukum forex hang pun nak attack sampai keluar undang2 baru yakni ulama' dilarang berniaga.
ustaz yg mengajar pendidikan Islam di sekolah2, pensyarah yg mengajar agama di University ambik upah bayaran, gaji, elaun, dsbgnya ko nak kata mereka jual agama gak ke?
 
Last edited:
WangEmas, yang ko duk pung pang pung pang pukul gendang ni, ko nak ape yer?
Cuba ko buat summary sikit apa yang uzar kate...aku cuba nak buat cross check sikit...kot2 ada keringanan dalam isu yang diutarakan Uzar mengikut pendapat ahli ulama' yang lain...itu pun jika ko mengiktiraf orang lain pun ulama...jangan nanti ko kate uzar sorang jer ulama' yang layak memberi pendapat...

dah lama aku suruh ko bukak satu thread khas, iaitu FOREX ONLINE TRADING ADALAH HARUS serta dgn dalil2nya supaya org boleh berijtihad dgn pandangan2 tersebut sampai skrg takde..

ps: Tak boleh ker berbincang tanpa menyerang peribadi?
 
Last edited:

Saudara boleh tak tolong sampaikan pesanan kat kat Uzar supaya dia larang BNM buat spekulasi forex lagi. Lagipun trader spt kami ni x menjejaskan sepertimana kata belia, yang menjejaskan ialah kegiatan spekulasi matawang bernilai billion dolar seperti yang pernah dilakukan oleh BNM, yang dipimpin oleh KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Saudara sendiri kata dia adalah panel syariah yang dilantik BNM. Harap saudara boleh bagi semangat kat dia utk menegakkan kebenaran.

menurut uzar, melabur emas sama hukum dgn forex jugak.. sebab tu emas x boleh dijadikan matawang. Adakah perlu memberi alasan sebegitu terhadap matawang emas, sebabnya kalau emas berjaya dijadikan matawang.. maka xdelah org jual beli matawang lagi. Xkan nak beli emas dengan emas???? kalau beli dollar, jual pound logik lah jugak!

x perasan pulak aku pos ni, buat x nampak pulak aku.. sori boss. Ni aku tolong up utk boss aku iaitu aku sendiri.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15456
USD / JPY
160.193
GBP / USD
1.33604
USD / CHF
0.79695
USD / CAD
1.39444
EUR / JPY
184.952
AUD / USD
0.70557
Back
Top
Log in Register