TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Andy Lau ucap tahniah
ANDY LAU merupakan salah seorang pengasas syarikat Infinitus Entertainment Group yang menerbitkan HKL.
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Bintang ternama Hong Kong, Andy Lau, 57, mengucapkan tahniah kepada tenaga kerja Hantu Kak Limah (HKL) atas kejayaan berganda yang dicapai oleh produksi filem berkenaan sejak mula ditayangkan pada 9 Ogos lalu.
Merekodkan kutipan sebanyak RM32.5 juta selepas 18 hari ditayangkan, pengasas bersama syarikat Infinitus Entertainment Group itu turut menzahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian tersebut.
Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, ucapan tahniah itu disampaikan kepadanya menerusi aplikasi sembang WhatsApp.
“Selaku salah seorang pengasas syarikat ini, kami memang selalu berhubung antara satu sama lain untuk berbincang mengenai kerja.
“Dalam masa yang sama, dia berkesempatan mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa bangga atas kejayaan dicapai,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Hantu Kak Limah yang diterbitkan Infinitus Gold dengan kerjasama Astro Shaw berjaya mencipta pelbagai rekod, sekali gus menjadi produksi filem pertama mencecah kutipan melebihi RM30 juta.
Masih lagi ditayangkan di 148 pawagam di seluruh tanah air, naskhah arahan Mamat Khalid itu menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Awie, Dalimawati Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Dr. Vida.
http://www.utusan.com.my/hiburan/an...oduksi-hantu-kak-limah-1.741491#ixzz5Q7bly4EZ