BTC USD 80,864.6 Gold USD 4,382.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hantu Kak Limah 2018

tu la korg support filem melayu kononnye. yg kenyang cha
 
Hantu Kak Limah kecewa bonus ciput

image.jpg


KUALA LUMPUR - Pelakon watak Hantu Kak Limah, Dalimawati tampil meluahkan perasaan kecewa mengenai bonus yang diterima tidak setimpal dengan kutipan keseluruhan filem berkenaan yang mengutip RM38 juta.


Dalimawati atau nama sebenarnya, Dalimawati Ismail menjadi individu kedua meluahkan perasaan yang sama selepas pelakon utama filem berkenaan, Awie berbuat demikian semalam.

Melahirkan rasa kecewa itu, dia turut mengakui enggan lagi berlakon dalam filem berkenaan jika ia diterbitkan oleh penerbit yang sama

Kata Dalimawati, dia berasa malu dengan bayaran yang diterima kerana terlalu sedikit dan mengambil keputusan untuk berdiam diri.

“Sebelum ini, orang senang-senang kata saya kaya hanya kerana filem HKL mengutip kutipan tinggi di pawagam. Hakikatnya, ingin mendedahkan bayaran yang diterima pun saya malu sehinggalah Datuk Awie membuka mulut.

“Saya pendam sahaja perasaan walaupun saya hanya saya tahu komitmen dan penat lelah menjayakan watak Kak Limah. Kerja sampai lewat pagi dan apabila filem itu pecah panggung, bonus yang diterima sangat tidak memadai,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Bagaimanapun, Dalimawati, 62, tidak menyalahkan Andy Lau selaku pengasas bersama syarikat Infinitus Entertainment Group iaitu syarikat penerbitan HKL, sebaliknya ia tanggungjawab individu yang menguruskan syarikat itu di sini.

“Saya tak salahkan Andy Lau sebab dia tak tahu apa-apa. Yang salah adalah orang yang menguruskan syarikat itu di sini. Mereka yang tetapkan bayaran pelakon dan tentukan wang bonus,” tegasnya.


http://www.kosmo.com.my/terkini/bonus-sikit-hantu-kak-limah-kecewa-1.783944
 
Mamat Khalid bukan ada syarikat produksi sendiri ke? Nape perlu dia kerjasama dgn syarikat Infinitus tu? X paham sangat cara buat filem ni~X(
 
Mamat Khalid bukan ada syarikat produksi sendiri ke? Nape perlu dia kerjasama dgn syarikat Infinitus tu? X paham sangat cara buat filem ni~X(

Fund sapa nak bg so memang kena kerjasama la tp tu la term patut win2 situation......
 
Aku lagi kecewa, buang kuota download buang masa tengok. Betul2 boleh kata literal sampah. Kalo yang first dulu okla jalan citer dia, lojikla jugak orang silap paham kak limah gila sebagai hantu. Ni apehal merapu kuar bunian tembak laser bagai pulak.. Kalo beli tiket masuk panggung lagi bengang. Nak sapot citer melayu pun payah kalo minda penonton disampah2kan je. Aptb
 
Bonus tanda penghargaan, tiada dalam kontrak

KUALA LUMPUR - Penerbit filem Hantu Kak Limah (HKL), Astro Shaw dan Infinitus Entertainment Group menjelaskan pembayaran bonus kepada pelakon dan kru produksi tidak terkandung dalam syarat kontrak filem tersebut, namun ia tetap diberikan sebagai tanda penghargaan.


Katanya, jumlah bonus yang ditetapkan adalah berdasarkan budi bicara penerbit.

"HKL adalah salah sebuah filem yang telah melangkau jangkaan sekali gus berjaya mencipta fenomena tersendiri. Bagaimanapun, pihak penerbit perlu berdepan dengan pelbagai risiko sebelum sesebuah filem mendapat kutipan yang tinggi," katanya kenyataan itu.

Tambahnya, pembahagian keuntungan harus ditolak dengan 25 peratus melalui cukai hiburan.

"Daripada jumlah baki tersebut, ia harus dibahagikan dengan pihak pempamer sebanyak 40:60. Jumlah 40% itu pula, penerbit akan menolak segala kos produksi, pemasaran dan pengedaran sebelum jumlah keuntungan dicapai,” ujar kenyataan itu.

Isu pembayaran bonus menjadi panas selepas pelakon utama HKL, Awie dan Dalimawati tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan bayaran bonus yang diterima.

Ia dianggap tidak setimpal dengan kutipan filem berjumlah RM38 juta setelah mencatat jualan pecah panggung.


http://www.kosmo.com.my/terkini/bonus-diberikan-sebagai-tanda-penghargaan-astro-shaw-1.784125
 
Samala mcm p ramlee, filem meletup tp yg untung cina smpi skrg, x kn x belajar lg

Ade tu pulak dpt bajet buat filem tp filem semua ke longkang, bkn 1 byk kali dh :))
 
Fund sapa nak bg so memang kena kerjasama la tp tu la term patut win2 situation......

tapi tuan masa hantu kak limah 1 tu bukan ke mamat khalid guna syarikat produksi dia sendiri enjit enjit semut kalo x silap..
 
Back
Top
Log in Register