BTC USD 84,218.4 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hantu Kak Limah 2018

Andy Lau ucap tahniah

image.jpg

ANDY LAU merupakan salah seorang pengasas syarikat Infinitus Entertainment Group yang menerbitkan HKL.

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Bintang ternama Hong Kong, Andy Lau, 57, mengucapkan tahniah kepada tenaga kerja Hantu Kak Limah (HKL) atas kejayaan berganda yang dicapai oleh produksi filem berkenaan sejak mula ditayangkan pada 9 Ogos lalu.

Merekodkan kutipan sebanyak RM32.5 juta selepas 18 hari ditayangkan, pengasas bersama syarikat Infinitus Entertainment Group itu turut menzahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian tersebut.

Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, ucapan tahniah itu disampaikan kepadanya menerusi aplikasi sembang WhatsApp.

“Selaku salah seorang pengasas syarikat ini, kami memang selalu berhubung antara satu sama lain untuk berbincang mengenai kerja.

“Dalam masa yang sama, dia berkesempatan mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa bangga atas kejayaan dicapai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Hantu Kak Limah yang diterbitkan Infinitus Gold dengan kerjasama Astro Shaw berjaya mencipta pelbagai rekod, sekali gus menjadi produksi filem pertama mencecah kutipan melebihi RM30 juta.

Masih lagi ditayangkan di 148 pawagam di seluruh tanah air, naskhah arahan Mamat Khalid itu menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Awie, Dalimawati Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Dr. Vida.


http://www.utusan.com.my/hiburan/an...oduksi-hantu-kak-limah-1.741491#ixzz5Q7bly4EZ

cina juga yang untung :D
 
Andy Lau rai kejayaan Hantu Kak Limah hampiri RM40 juta

image.jpeg

Andy Lau (tengah) bersama barisan produksi dan pelakon Hantu Kak Limah pada satu majlis makan malam, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau, 57, hadir ke majlis makan malam bagi meraikan kejayaan filem Hantu Kak Limah yang meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36 juta sejak ditayangkan 9 Ogos lalu.

Bertindak selaku pengasas bersama Infinitus Entertainment Group yang menaungi syarikat penerbitan Infinitus Gold, kehadiran Andy diiringi penerbit eksekutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai.

Selain itu, pengarah naskhah tersebut, Mamat Khalid serta barisan pelakon utama seperti Datuk Awie, Zul Ariffin, Dalimawati, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Ziema Din dan Imuda turut hadir memeriahkan majlis.

Dalam majlis itu juga, turut diumumkan pemberian bonus kepada semua kru produksi dan para pelakon yang terbabit.


http://www.utusan.com.my/berita/nas...an-hantu-kak-limah-hampiri-rm40-juta-1.742384
 
bru tgk smlm..nsb baik dwld je,,
ingat best sgt...tp agak kecewa jgk lah..
ada sesetengah part je yg klaka..mostly part ropie je lah..hoho
mesti Andy Lau duk terpikir " mcmna movie cmnie boleh kaut untung juta2...teruk betol cite rase rakyat malaysia nie..xpelah, janji aku masssyukkkkk.. "
 
bru tgk smlm..nsb baik dwld je,,
ingat best sgt...tp agak kecewa jgk lah..
ada sesetengah part je yg klaka..mostly part ropie je lah..hoho
mesti Andy Lau duk terpikir " mcmna movie cmnie boleh kaut untung juta2...teruk betol cite rase rakyat malaysia nie..xpelah, janji aku masssyukkkkk.. "

Betul, baru tengok semalam.. part kelakar tu x banyak sgt & ade part yg rase mengantuk jer nak teruskan..

Biase² jer.. x de rase 'wow' pun ... Cuma rase mcm ade part diorang nak tiru style citer pee mak & kungfu hustle.. yg scene cerita P Ramlee tu, direct jer tiru, kalau ye pun, buat la style parodi..
 
Part mus may mmg klaka, patut bonus utk mus 3 juta haha
 
xla best sgt cite ni. nsb x tgk wayang. ntah benda jln crita.
 
Betul, baru tengok semalam.. part kelakar tu x banyak sgt & ade part yg rase mengantuk jer nak teruskan..

Biase² jer.. x de rase 'wow' pun ... Cuma rase mcm ade part diorang nak tiru style citer pee mak & kungfu hustle.. yg scene cerita P Ramlee tu, direct jer tiru, kalau ye pun, buat la style parodi..

tu lah pasal...yg part hantu jepon cite P Ramlee sebijik dia tiru...kalo ya pon, tuka lah sikitt,,,hehe
 
pelik gak den tgk kat wayang mcm kelakar, beli kat stro first tgk sorang2.. krik2 je. asal eh ?
 
Awie kecewa bonus HKL ciput

image.jpg


BANGI - Pelakon utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 50, melahirkan rasa kecewa dengan wang bonus yang diterima walaupun filem berkenaan berjaya meraih kutipan sebanyak RM38 juta.


Awie menjelaskan, jumlah yang diterima daripada produser, Infinitus tidak setimpal dengan usaha pelakon dan juga sumbangan yang dilakukan oleh pekerja belakang tabir.

“Sejujurnya, memang saya berasa kecewa dengan wang bonus yang diberikan. Bukan tidak mahu bersyukur, tetapi ia tidak setimpal dan dilihat sebagai mengambil kesempatan terhadap keuntungan filem berkenaan.

“Tidak hanya saya seorang, malah pelakon lain dan kru juga mendapat bonus yang sangat sedikit,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Konsert GIG 2018 di Hotel Tenera, di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Awie tidak menolak untuk berlakon dalam sekuel Hantu Kak Limah pada masa akan datang dengan syarat filem berkenaan bukan diterbitkan di bawah syarikat produksi yang sama.

“Saya tidak kisah untuk berlakon dengan Mamat Khalid jika filem seterusnya diterbitkan oleh syarikat lain,” katanya lagi.


http://www.kosmo.com.my/hiburan/awie-kecewa-wang-bonus-hantu-kak-limah-1.783434
 
Back
Top
Log in Register