BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hannah Ucap Tahniah Kepada Thiyagaraj Dilantik Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Hannah Ucap Tahniah Kepada Thiyagaraj Dilantik Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur​

d33892a98d06139fb61a5d26f15bb0f36a4277465be5a

Kredit: Laman Facebook Hannah Yeoh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada bekas pegawai Jabatan Penjara Malaysia S. Thiyagaraj atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Hannah dalam satu kenyataan berkata beliau berharap Thiyagaraj dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi demi kepentingan warga kota.

“Selamat menjalankan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen.

“Saya juga yakin beliau akan memainkan peranan yang sewajarnya sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dalam memberikan pandangan dan nasihat kepada Datuk Bandar demi kepentingan warga kota,” katanya yang sebelum itu menyaksikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud menyampaikan watikah pelantikan kepada Thiyagaraj.

Beliau berkata Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam memberikan pandangan dan nasihat kepada Datuk Bandar dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan pentadbiran serta pembangunan Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, katanya, setiap ahli lembaga memikul tanggungjawab yang besar dalam membantu memperkukuh tadbir urus bandar raya yang lebih cekap, telus dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Hannah berkata Thiyagaraj sebelum ini berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia dari 2005 hingga 2023 termasuk sebagai Penolong Penguasa Penjara di Unit Teknikal Risikan dan Siasatan.

 
Back
Top
Log in Register