BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mustapha Ucap Tahniah Kepada Khalidi Dilantik Mufti Sarawak

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
3a39f323ff696bb9055db5a7d47266ad69a52294ae2ac

Kredit: Mustapha Sakmud

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud mengucapkan tahniah kepada Datu Khalidi Ibrahim atas pelantikan sebagai Mufti Negeri Sarawak yang baharu.

Datu Khalidi dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa semalam, menggantikan Datu Kipli Yassin yang menamatkan perkhidmatan selepas 16 tahun menerajui institusi keagamaan di Sarawak.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kebijaksanaan, keteguhan iman dan kekuatan dalam memimpin ummah ke arah kesejahteraan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, keadilan dan perpaduan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Datu Khalidi sebelum ini berkhidmat sebagai Pakar Rujuk Syariah di Jabatan Mufti Sarawak.

 
Back
Top
Log in Register