BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hamzah, 18 Ahli Parlimen sokong PAS ketuai PN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25
6cfe0433-hamzah-zainudin-pn-ketua-pembangkang-8-180424.jpg

Hamzah Zainudin dan 18 Ahli Parlimen yang menyokongnya dilaporkan akan mengambil alih parti politik lain minggu depan.

Sembilan belas Ahli Parlimen itu mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikannya sebagai pengerusi PN dan berikrar memberi sokongan penuh kepadanya bagi memimpin gabungan pembangkang itu.

“Pelantikan ini merupakan konsolidasi serius bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara.

“Sebagai Ahli Parlimen, kami terus menyokong PN yang dipimpin PAS selaku parti tunjangnya,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Terdahulu, Majlis Tertinggi PN sebulat suara bersetuju melantik Samsuri mengetuai gabungan itu menggantikan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan 1 Jan lalu.

Muhyiddin kini timbalan pengerusi PN.

Hamzah dan tiga Ahli Parlimen Bersatu dipecat 13 Feb lalu di kemuncak kemelut kepimpinan antara beliau dan Muhyiddin.

Mereka dilaporkan akan mengambil alih parti politik lain minggu depan.
 
Back
Top
Log in Register