BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS, PN tumpu 126 Parlimen berpotensi tinggi menjelang PRU16

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

PAS, PN tumpu 126 Parlimen berpotensi tinggi menjelang PRU16​

6d8cadf5-annuar-musa-bernama-pic-14726.jpg

Ketua Penerangan PN Annuar Musa, berkata 126 kerusi berkenaan tidak merangkumi kawasan Parlimen Sarawak. (Gambar Bernama)

Ketua Penerangan PN Annuar Musa, berkata 126 kerusi berkenaan tidak merangkumi kawasan Parlimen Sarawak.

“Meskipun tidak semestinya PAS bertanding di semua 126, namun menjadi prinsip dan amalan PAS untuk membantu rakan sealiran yang bertanding kelak,” katanya dalam catatan di Facebook.

Annuar berkata, keputusan kerusi yang bakal ditandingi PAS akan diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti.

Pada PRU15, PN menang 74 Parlimen dengan PAS menguasai 43 daripada jumlah kerusi tersebut.

Pada September tahun lalu, Naib Presiden PAS Amar Abdullah dilaporkan berkata, parti itu sasar menang 80 Parlimen pada PRU16 sebagai sebahagian daripada usahanya untuk kembali ke Putrajaya.

Beliau berkata, PAS telah menetapkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi sebelum PRU15, dan akhirnya berjaya meraih 43 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Penggal kerajaan Persekutuan semasa akan berakhir pada Disember 2027, di mana PRU mesti dipanggil dalam tempoh 60 hari susudah itu.
 
Back
Top
Log in Register