BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Halalkah Yang Anda Makan??

lastshark

Active+ Member
Messages
4,505
Joined
Aug 27, 2007
Messages
4,505
Reaction score
4
Points
25
KUALA LUMPUR: Empat belas pusat penyembelihan di sembilan negeri serta lebih 100 syarikat pengeluar produk makanan dan keperluan harian termasuk beberapa jenama terkenal, dikesan belum membaharui sijil pengesahan halal. Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak dapat menjamin status perkhidmatan dan produk berkenaan sama ada halal kerana ia meragukan.

Pusat penyembelihan itu terletak di ibu kota dan Labuan, Perak, Selangor, Melaka, Kedah, Johor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang. Antara produk makanan dan barangan keperluan harian itu pula ialah minuman segera, makanan dalam tin, majerin, bebola ikan, nugget dan burger.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, berkata pusat penyembelihan dan syarikat terbabit akan dikenakan tindakan jika masih menggunakan logo halal setelah sijil pengesahan halal berkenaan tamat tempoh.

ni yang sbelum ni mohon sijil...yang tak mohon main lekap je trademak halal tu???apatahlagi yang langsung takde tanda halal...orang kita main belasah makan je...ekekekeke...aa pendapat rakan semua...?
 
JAKIM ni pun satu.. dh tau diorang x perbaharui lesen.. amik la tindakan.. kalau x pun announce je kat media. baru la semua pengguna islam tau.. ini buat announcement pun dok selindung2 lagi..setakat bagi tau lebih 100 syarikat..tapi nama syarikat x mo dedahkan..

kita sebagai pengguna yg tak tau apa2 ni.. biarla JAKIM yg 'tanggung' kalau ada apa2 yg x kena pasal produk yg dikeluarkan oleh lebih 100 buah syarikat tu.
 
stended ar.. nama bg amaran.. org offer duit skit senyap la balik.. uuhu.. bukannya nak buat operasi ke ape..kilang hi5 ada prob..tp on sampai skang isk2
 
logo halal jakim ni banyak kelemahannya.. x de no siri etc..so camna kita sebagai pengguna nk tau logo tu betul atau x? setakat nk cop logo halal tu bukannya susah pun.. sebab tu la dulu pernah ada daging babi dlm tin ada cop halal. walaupun bukan logo halal jakim. tapi x mustahil ianya boleh dibuat lepas ni menggunakan logo halal jakim lak.

kerajaan dok sembang je lebih nk jadikan malaysia halal-hub la.. tapi masalah2 utama tentang penggunaan label halal ni pun x terpantau. tindakan hanya diambil pada pihak yg masih menggunakan logo halal jakim tapi telah tamat tempoh sah. sedangkan org yg gunakan logo halal tanpa minta sjil halal yg sah masih bersepah x diambil tindakan. apek2 jual kuih pau tepi jalan pun selamba je letak logo halal jakim ni.. x kena apa2 tindakan pun..
 
kalau kerajaan ISLAM HADHARI serius nk jadikan malaysia HALAL-HUB kena la invest sikit untuk tubuhkan satu badan macam SIRIM.. yg cukup manpower untuk buat research dan penguatkuasaan. nak suruh jakim handle.. balik2 alasan x cukup staf.
 
makan benda haram atau yang tak tau status halal haram. huhh.. lama2 jadi bebal.
 
lagi senang, tanam sayaur sendiri, tangkap ikan kat sungai or bela ikan sendiri, ikan bagi makan buatan sendiri, bela ayam sendiri, makan sendiri, yang melibatkan makanan ni kita buat sendiri sedaya termampu

aku sendiri tanam sayur terung, bendi,kacang botol, cili padi, cili merah, cili hijau, lengkuas,kuntit,halia,serai dan barang2 keperluan dapur harian lain. setakat untuk guna sendiri memang dah mencukupi. maksimakan tanah tepi rumah kita yang ada dan gunakan pasu2 yagn boleh dapat ngan rege murah, kalu tak mampu beli pasu guna je tin2 kosong macam tin susu anak, bldi2 buruk dan sebagainya sebagai ganti.

kalu nak seribu daya orang kata, kamon semua mulakan dari diri sendiri dan jangan harapkan orang lain mengubahnya, bermulalah dari dalam diri kita sendiri, transformasikan diri anda.
 
kerajaajn kurang ambl berat

asslamualaikum............

Masalah ini dah lama berlaku tapi kerajaan macam tak ambil tahu je.
Kalau selalu makan benda haram lama kelamaan manusia smakin jauh dgan Allah......yang tu banyak kes-kes berkaitan murtad banyak berlaku di nefara kita.

Kerajaan perlulah ambil cakna sikit terutama badan-badan yang berkaitan spt JAKIM:mad: ::(scam :)
 
kita sebagai pengguna yang beragama islam perulah sama-sama menangani masalah ini kerana ia berkaitan dgn akidah orang islam..
 
Back
Top
Log in Register