BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayam enggan makan nasi tanpa kicap

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ayam enggan makan nasi tanpa kicap​

geli-ayam-kicap.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan ayam itu enggan makan nasi putih tanpa kicap. - TikTok

JAKARTA – Seekor ayam di Palembang, wilayah Sumatera Selatan mengundang perhatian ramai pengguna media sosial kerana hanya makan nasi berkuah kicap, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aman_aman227 menunjukkan perakam memberikan nasi kosong kepada ayam ternakannya tetapi ayam berkenaan enggan memakan nasi putih itu.

Selepas perakam meletakkan kicap di atas nasi, haiwan itu segera makan, seolah-olah sangat gemar dengan ‘juadah’ yang dihidangkan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 711,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Haiwan zaman sekarang banyak ragam,” kata seorang netizen.

“Ini bukan ayam biasa, seleranya seperti manusia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register