BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis perkahwinan kecoh gara-gara rebut paha ayam dalam nasi beriani

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146
3476514.webp

Video yang tular memaparkan tetamu bergaduh dengan ada yang menolak, menjerit dan melempar objek, manakala yang lain berusaha menjauh dari kekacauan.

NEW DELHI - Sebuah majlis perkahwinan di Amroha, India pada Sabtu bertukar huru-hara apabila pertikaian kecil berkaitan makanan mencetuskan pergaduhan dalam kalangan tetamu, meninggalkan lokasi dalam keadaan kelam-kabut, lapor India Today.

Apa yang sepatutnya menjadi majlis penuh kegembiraan bertukar menjadi 'zon perang' apabila tetamu dikatakan berebut potongan paha ayam dalam hidangan nasi beriani, dengan rakaman kejadian kini tular di media sosial.

Menurut saksi, pertikaian bermula semasa makanan dihidangkan apabila sebahagian tetamu tidak berpuas hati dengan pembahagian potongan paha ayam.

Dalam sekelip mata, perselisihan itu meningkat menjadi pergaduhan fizikal, dengan tetamu dilihat melempar kerusi, menumbangkan meja dan menimbulkan panik di seluruh dewan.

Beberapa tetamu lain cuba menenangkan keadaan, namun kekecohan sudah berlaku.

Video yang tular memaparkan suasana seperti 'perkelahian bebas', dengan tetamu menolak, menjerit dan melempar objek manakala yang lain berusaha menjauh dari kekacauan.

Insiden itu telah mencetuskan reaksi meluas dalam talian, dengan ramai pengguna media sosial menyatakan tidak percaya bagaimana isu kecil dalam hidangan perkahwinan boleh menimbulkan keganasan sedemikian.

Seorang pengguna menulis: “Dari suasana majlis ke WWE sebab nasi beriani... hanya di India.”

Pengguna lain berkata: “Tiada kesedaran sivik, tiada pendidikan moral, ditambah pemikiran radikal... siapa yang patut dipersalahkan?”

Laporan mengenainya turut disiarkan oleh media tempatan dan portal dalam talian, menunjukkan bagaimana konflik kecil boleh mengubah suasana gembira menjadi huru-hara dalam sekelip mata. - Agensi

 
sebenarnya bukan isu berebut peha ayam pun..
ni kes harga minyak naik...xleh nk lepaskan kemarahan kt kerajaan...jadi lepaskan ke nasi briyani
 
no wonder lahh ....sama laa kat malaysia nie pun perangai puak nie...
 
Back
Top
Log in Register