BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Orang yang pandai membaca Al
Qur'an akan bersama malaikat
yang mulia lagi berbakti,

dan yang membaca tetapi kekok dan
tergagap-gagap maka dia mendapat
dua pahala.

(HR. Bukhari dan Muslim)
 
Allah melaknat orang yang
menyeksa haiwan dan
memperlakukannya dengan sadis (kejam).

(HR. Bukhari)
 
Seorang wanita masuk neraka
kerana mengikat seekor kucing tanpa
memberinya makanan atau
melepaskannya mencari makan dari
serangga tanah.

Seorang wanita pelacur melihat
seekor anjing di atas perigi dan
hampir mati kerana kehausan. Lalu
wanita itu melepas kasutnya,
diikatnya dengan tudung kepalanya dan
diambilnya air dari perigi (lalu
diminumkan ke anjing itu). Dengan
perbuatannya itu dosanya diampuni.

(HR. Bukhari)
 
Last edited:
Barangsiapa memanjangkan
pakaiannya (sehingga menyeret di
tanah) kerana kesombongannya maka
Allah tidak akan memandangnya
kelak pada hari kiamat.

(HR. Bukhari dan Muslim)
 
Siapa yang memberi jaminan
kepadaku untuk memelihara di
antara rahangnya (mulut) dan di
antara kedua pahanya (kemaluan)
nescaya aku menjamin baginya syurga.

(HR. Bukhari)
 
Sesungguhnya di antara ungkapan
kata dan keterangan adalah sihir.

(HR. Bukhari)
 
Berhati-hatilah dalam memuji
(menyanjung-nyanjung),
sesungguhnya itu adalah
penyembelihan.

(HR. Bukhari)

di dalam hadis riwayat imam Ahmad,
Seseorang memuji-muji kawannya
di hadapan Nabi Saw, lalu baginda
berkata kepadanya, “Waspadalah
kamu, sesungguhnya kamu telah
memenggal lehernya, sesungguhnya
kamu telah memenggal lehernya
(diucapkan berulang-ulang)”.
 
Last edited:
Seorang mukmin bukanlah
pengumpat, pengutuk, berkata keji
atau berkata busuk.

(HR. Bukhari dan Al Hakim)
 
Semua umatku diampuni kecuali
yang berbuat (keji) terang-terangan
yaitu yang melakukannya pada
malam hari lalu ditutup-tutupi oleh
Allah, tetapi esok paginya dia
menuturkan sendiri dengan
berkata, “Hai Fulan, tadi malam aku
berbuat begini…begini.” Dia
membuka tabir yang telah disekat
oleh Allah Azza wajalla.

(Mutafaq’alaih)
 
Allah menurunkan penyakit dan
menurunkan pula ubatnya, diketahui
oleh yang mengetahui dan tidak
akan diketahui oleh orang yang tidak
mengerti.

(HR. Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register