BTC USD 83,561.3 Gold USD 4,186.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Biasanya
nabi Muhammad s.a.w (dalam masa
musafir) apabila baginda berangkat
sebelum gelincir matahari, baginda
menangguhkan sembahyang zohor hingga
waktu Asar, kemudian baginda turun (dari
kenderaan) lalu baginda menjamakkan
keduanya (Zohor dan Asar) (dengan jamak
ta’khir);

kalaupun baginda berangkat
sebelum gelincir matahari, baginda
sembahyang Zohor kemudian baginda
berangkat (meneruskan perjalanannya). “

(riwayat Bukhari dan Muslim)

ini pun aku buat...sunnah
 
Last edited:
(dalam bermusafir) ni mst baca sekali je ni, baca 2-3 kali baru fhm.

tuan,
aku adalah pengamal jamak, pengamal tak jamak, pengamal jamak kerana takut atau hujan, pengamal jamak dalam perjalanan. pengamal qasar dan jamak...

nak tengok hadis solatnya org munafik???

http://www.lidwa.com/app/?k=nasai&n=507

semua tu aku ikut hadis...

jadi aku belum buat kesalahan atau langgar perintah alquran dan hadis.
 
wahai tuan yg budisman ada soalan untuk tuan????

adakah aku seorang islam????

sbb tu lah aku nak raikan pendapat ngan ko, aku yakin ko bkn rafidhah, mgkn ko zaidiyyah atau jafarriah.. zaidiyyah ada persamaan sedikit ngan mahzab kami, jikalau qiblat ko betul, dgn ucapan kalimah syahadah, kenapa tidak? tentulah islam kan?
 
Dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah saw bersabda,
“Berlindunglah kamu kepada
Allah dari beratnya bala,
menimpanya kesukaran,
keburukan takdir dan cemuhan
musuh.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Sahl bin Sa’ad r.a.
berkata: Rasulullah saw
bersabda kepada Ali r.a., “Demi
Allah, jika Allah memberi
hidayah kepada seseorang
kerana ajaranmu maka yang
demikian itu bagimu lebih baik
dari kekayaan binatang ternak
yang merah-merah.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abdullah bin Amr bin
al-’Ash r.a. berkata: Saya telah
mendengar Rasulullah saw
bersabda, “Sesungguhnya Allah
tidak akan mencabut ilmu
pengetahuan dari seorang
hamba begitu saja, tetapi akan
mencabutnya dengan matinya
orang-orang alim, hingga
apabila telah habis orang-orang
alim maka orang banyak akan
mengangkat orang-orang yang
bo.doh untuk menjadi
pemimpin mereka. Lalu jika
mereka ditanya, mereka akan
memberikan fatwa tidak
berdasarkan ilmu pengetahuan.
Maka mereka itu sesat dan
menyesatkan.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari ‘Aisyah r.a. berkata kepada
‘Urwah, “Demi Allah, hai
saudaraku, kami keluarga
Nabi saw adakalanya melihat
bulan berganti tiga kali dalam
dua bulan, sedangkan di
rumah-rumah Rasulullah saw
tidak dinyalakan api.”

‘Urwah
bertanya, “Apa makananmu?”

‘Aisyah menjawab, “Kurma dan
air.dan adakalanya
jiran Rasulullah saw
mengirim hadiah susu ternak
mereka.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a.
berkata: Suatu hari ‘Aisyah r.a.
mengeluarkan kain dan sarung
yang tebal, ditunjukkan kepada
kami sambil berkata,
“Rasulullah saw ketika
meninggal dunia sedang
memakai sarung dan kain ini.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah saw bersabda,
“Bukanlah orang miskin itu
yang berjalan2 meminta-minta
kepada orang ramai sehingga
tertolak dari satu dua suap
makanan atau satu dua biji
kurma,

tetapi orang miskin yang
sesungguhnya dan yang
dikehendaki oleh Islam untuk
dibantu ialah orang yang tidak
mempunyai penghasilan yang
mencukupi dan yang tidak
diingat orang untuk disedekahi
serta tidak suka pergi meminta-
minta kepada orang lain.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah saw bersabda,
“Sungguh, sekiranya salah
seorang dari kamu itu pergi
mencari kayu dan dipikul di
atas bahunya, lebih baik
daripada meminta-minta
kepada orang lain, baik diberi
atau ditolak.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register