BTC USD 82,500.0 Gold USD 4,164.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah saw bersabda,
“Jauhilah olehmu buruk sangka
kerana buruk sangka sedusta-
dusta berita.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)

ader ker ko amalkan hadis ni???
 
Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Biasanya
nabi Muhammad s.a.w (dalam masa
musafir) apabila baginda berangkat
sebelum gelincir matahari, baginda
menangguhkan sembahyang zohor hingga
waktu Asar, kemudian baginda turun (dari
kenderaan) lalu baginda menjamakkan
keduanya (Zohor dan Asar) (dengan jamak
ta’khir);

kalaupun baginda berangkat
sebelum gelincir matahari, baginda
sembahyang Zohor kemudian baginda
berangkat (meneruskan perjalanannya). “

(riwayat Bukhari dan Muslim)

ada ko paham hadis diatas???

gebang jer lebih...
 
ok sorry tuan aku tak nak ganggu thread ni...
 
Mu’adz bin Jabal r.a. berkata:
Ketika aku membonceng
dibelakang Rasulullah saw di
atas himar(keldai), tiba-tiba baginda
bertanya, “Hai Mu’adz, tahukah
engkau, apakah hak Allah yang
diwajibkan atas hamba?

Dan
apakah hak hamba yang akan
diberikan oleh Allah?”

Jawab
Mu’adz, “Allah dan Rasul-Nya
lebih mengetahui.”

Maka Nabi
saw bersabda, “Hak Allah yang
diwajibkan atas hamba adalah
menyembah kepada-Nya dan
tidak menyekutukan-Nya
dengan sesuatu pun.

Dan hak
hamba yang akan diberikan
Allah adalah tidak akan
menyeksa orang yang tidak
menyekutukan-Nya.”

Saya
bertanya, “Bolehkah aku
khabarkan yang demikian itu
kepada orang ramai?”

Jawab
Nabi saw, “Jangan, nanti
mereka tidak mahu berusaha.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Kami
bersama Rasulullah saw dalam
qubah, kurang lebih empat
puluh orang maka Nabi saw
bersabda,

“Sukakah kamu jika
kamu menjadi seperempat dari
ahli surga?”

Jawab kami, “Ya.”

Bersabda Nabi saw, “Demi Allah
yang jiwa Muhammad ada di
tangan-Nya, aku mengharap
semoga kamu menjadi separuh
dari penduduk syurga. Yang
demikian itu kerana syurga itu
tidak dimasuki kecuali oleh
orang Muslim, sedangkan kamu
di tengah-tengah ahli syirik
bagaikan rambut putih di
badan lembu hitam atau
rambut hitam di kulit lembu
merah.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari ‘Amr bin ‘Auf r.a. berkata:
Rasulullah mengutus Abu
‘Ubaidah bin al-Jarrah r.a. ke
Bahrain untuk menagih pajak
penduduk. Kemudian dia
kembali dari Bahrain dengan
membawa harta yang sangat
banyak dan kedatangan kembali
Abu ‘Ubaidah itu terdengar
oleh sahabat Anshar maka
mereka pun solat Subuh
bersama Rasulullah saw.

Kemudian setelah selesai shalat
mereka menghadap Rasulullah
saw maka beliau tersenyum
melihat mereka kemudian
bersabda,

“Mungkin kamu telah
mendengar kedatangan Abu
‘Ubaidah yang membawa harta
banyak?”

Jawab mereka, “Benar,
ya Rasulullah.”

Lalu Nabi saw
bersabda, “Sambutlah khabar
baik dan tetaplah
pengharapan baik untuk
mencapai semua cita-citamu.

Demi Allah, bukan kemiskinan
yang aku khuatirkan atas
kamu, tetapi aku khuatir kalau
terhampar luas dunia ini
bagimu, sebagaimana telah
terhampar untuk orang-orang
yang sebelum kamu, kemudian
kamu berlumba-lumba
sebagaimana mereka berlumba-
lumba, sehingga membinasakan
kamu sebagaimana telah
membinasakan mereka.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari ‘Utban bin Malik r.a.
berkata: Ketika Nabi saw selesai
solat bertanya, “Dimanakah
Malik bin al-Dakhsyum?”

Dijawab oleh seseorang, “Dia
itu munafik, tidak suka Allah
dan Rasulullah.”

Maka Nabi
saw bersabda, “Jangan berkata
demikian, tidakkah engkau tahu
bahawa dia telah mengucapkan
LAA ILAAHA ILLALLAAH dengan
ikhlas kerana Allah? Dan Allah
telah mengharamkan api
neraka kepada siapa yang
mengucapkan LAA ILAAHA
ILLALLAAH dengan ikhlas kerana
Allah.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari ‘Utban bin Malik r.a.
berkata: Ketika Nabi saw selesai
solat bertanya, “Dimanakah
Malik bin al-Dakhsyum?”

Dijawab oleh seseorang, “Dia
itu munafik, tidak suka Allah
dan Rasulullah.”

Maka Nabi
saw bersabda, “Jangan berkata
demikian, tidakkah engkau tahu
bahawa dia telah mengucapkan
LAA ILAAHA ILLALLAAH dengan
ikhlas kerana Allah? Dan Allah
telah mengharamkan api
neraka kepada siapa yang
mengucapkan LAA ILAAHA
ILLALLAAH dengan ikhlas kerana
Allah.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)


wahai tuan yg budisman ada soalan untuk tuan????

adakah aku seorang islam????
 
Back
Top
Log in Register