BTC USD 82,123.0 Gold USD 4,146.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Aisyah r.a menerangkan bahawasanya
Nabi SAW beriktikaf pada puluhan yang
akhir dari bulan Ramadhan sehingga Allah
mewafatkannya. Kemudian isteri-isteri
baginda beriktikaf sesudah baginda wafat.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Terima kasih TT

_____________

Mencari kereta recond yg berkualiti pada harga terbaik,Sila lawati portal vehicle, Arifi auto recond car atau hubungi ARIFI = 019-220 1375
 
Imam Al-Bukhari lahir pada 13 Syawal 19 H di Uzbekistan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqani Al-Bukhari telah menuliskan 9.082 hadis. Imam Tirmidzi pun asal Uzbekistan.

Imam Al-Bukhairi periwayat hadis paling dibenci syiah.


Imam Ahmad ibn Hanbal– asal Baghdad,Iraq
Imam Bukhari– asal Bukhara,Uzbekistan
Imam Abu Dawud– asal Sistan, Iran/Afghanistan

dulu2 Iran tak ramai syiah 2 - 3 kerat jer.
 
Last edited:
mgkn hadis riwayat diaorg x di sahih imam bukhari kot?

setahu aku periwayat buku hadis mereka tukafi kalau tak silap, hadis agama syiah dikarang dikalangan penganut agama hindu, majusi penyembah api dan agama yahudi.

syiah adalah agama campuran yg takda kena mengena dgn Islam makanya imam bukhairi bukan geng mereka. Allahualam
 
setahu aku periwayat buku hadis mereka tukafi kalau tak silap, hadis agama syiah dikarang dikalangan penganut agama hindu, majusi penyembah api dan agama yahudi.

syiah adalah agama campuran yg takda kena mengena dgn Islam makanya imam bukhairi bukan geng mereka. Allahualam

sy setuju tu, hadis2 bukhari jd rujukan mahzab2 kita, syiah tu penipu betul
 
Musaddad menyampaikan kepada kami
(katanya), daripada Yazid bin Zari’,
daripada Ma’mar, daripada az-Zuhri,
daripada Salim bin Abdullah, daripada
bapanya, daripada nabi s.a.w ,

bersabda baginda:”Apabila isteri seorang kamu
meminta izin (ke masjid) maka janganlah
ia menegahnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah
menarik daripada Rasulullah S.A.W di
mana baginda bersabda:

” Hampiri mimbar!

Lalu kami semua menurutinya,
ketika baginda melangkah ke tangga yang
pertama baginda mengatakan:

”Amin”.

Apabila baginda melangkah tangga yang
kedua baginda mengatakan:

”Amin”,

begitulah apabila baginda melangkah
tangga yang ketiga.

Lalu kami bertanyakan tentang maksud
perbuatannya itu, baginda
menjawab:

”Aku didatangi Jibrail a.s
mengatakan kepadaku:”Jauhlah (rugilah
orang yang sempat dengan Ramadhan
tetapi tidak mendapat pengampunan.”

Aku pun menyahut dengan
berkata:

”Amin”.

Di tangga yang kedua
Jibrail mengatakan:

”Jauhlah orang yang
apabila disebut namamu (Muhammad)
dia tidak mengucapkan selawat ke
atasmu,” aku pun menyahut:

”Amin.”

Di tangga yang ketiga Jibrail
mengatakan:

”Jauhlah orang yang sempat
dengan kedua-dua orang tuanya yang
sudah uzur atau salah seorang mereka,
tetapi mereka tidak memasukkan dia ke
dalam syurga.” Aku pun
mengatakan:

”Amin.”

(Riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Abbas r.a ,nabi s.a.w masuk ke
dalam rumah orang Arab Dusun untuk
melihat orang sakit.

Kata Ibnu Abbas:”Pernah Nabi s.a.w apabila dia
masuk ke rumah orang yang sakit untuk
melihatnya,

baginda bersabda:”Tidak
mengapa! Sembuh, insya Allah.” Ucap
nabi kepada orang sakit itu. “Tidak
mengapa, sembuh, insya Allah!”

Jawabnya: ”Tuan katakan: 'Sembuh '.
Sebenarnya itu demam panas yang
sedang meluap dan mengancam orang
yang sangat tua dan akan membawa
maut.”

Nabi s.a.w bersabda:”Ya, benar
katamu itu.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Ibnu Abbas r.a. menceritakan
bahawa ada seorang wanita bertanya,

“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah telah
mewajibkan ke atas semua hambanya
mengerjakan haji, adakah boleh aku
kerjakan haji untuk ayahku, apakah
pahala haji tersebut dapat dimiliki
olehnya?”

Baginda menjawab:”Ya boleh”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register