Abu Said al-Khudri menerangkan
bahawasanya Nabi SAW pada suatu hari
duduk di atas mimbar dan kami duduk di
sekitarnya. Maka nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya di antara yang aku takut
terhadap diri mu sesudah wafat ku ialah
kemewahan yang diberikan kepada mu.
Iaitu kemewahan dunia dan hiasannya.
Maka seorang lelaki berkata: “Ya
Rasulullah! Apakah kebaikan itu
mendatangkan kejahatan? Maka nabi
berdiam diri.
Kerana itu seseorang berkata
kepada orang tersebut : “Mengapa kamu?
Apa urusan mu? Engkau bertanya kepada
nabi, baginda tidak mahu menjawab.
Kemudian kami melihat bahawasanya nabi saw
sedang diturunkan wahyu kepadanya. Abu
Said berkata; “ Maka nabi menyapu peluh
pada dirinya dan nabi bertanya:
“Mana si penanya?” seolah-olah nabi memuji orang
tersebut. Kemudian nabi bersabda:
“Sesungguhnya kebaikan itu tidak
mendatangkan kejahatan. Dan
sesungguhnya di antara yang ditumbuhkan
musim bunga, ada yang memusnahkan
binatang lantaran kekenyangan atau
hampir-hampir membinasakannya kecuali
binatang yang memakan sayur-sayuran.
Dia memakan umpan hingga apabila telah
buncit lambungnya, maka dia pun
menatang matahari lalu dia mengeluarkan
kotoran dan kencing serta pergi ke padang
penggembalaan.
Dan sesungguhnya harta
itu indah lagi sedap. Maka sebaik-baik
harta orang Muslim ialah yang diberikan
sebahagiannya kepada orang miskin, anak
yatim dan ibnu sabil. Atau sebagaimana
nabi pernah sabdakan.
Dan bahawasanya
orang yang mengambil harta dengan
bukan haknya adalah sebagai orang yang
memakan dan tidak merasa kenyang. Dan
jadilah harta itu saksi atas dirinya di hari
kiamat.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)