BTC USD 82,123.0 Gold USD 4,146.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Anas r.a mengatakan;” Nabi s.a.w
berwudhuk setiap kali beliau hendak
sembahyang”

Bertanya Amr bin Amir
kepada Anas,:”Bagaimana yang anda
sendiri lakukan?”

Jawab Anas:”Kami
cukupkan saja wuduk yang telah ada,
selagi belum berhadath.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari ‘Ashim r.a katanya:”Saya bertanya
kepada Anas:

”Adakah Rasulullah
menjadikan Madinah suatu Tanah Suci?”

Jawabnya:”Ya, iaitu dari sini sampai ke
sana, tidak boleh ditebang pohonnya. Siapa
yang mengada-adakan di situ perbuatan
yang bukan-bukan nescaya memperolehi
kutukan Allah, kutukan malaikat dan
seluruhnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Salim r.a mendengar Abu Hurairah
mengatakan bahawa Nabi s.a.w
bersabda:

”Nanti akan dilenyapkan ilmu
pengetahuan, akan bermaharajalela
perzinaan dan kejahatan serta banyak
haraj.”

Seseorang bertanya:”Apakah haraj
itu, ya Rasulullah?”

Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat
dengan tangan baginda, seolah-olah
menggambarkan terjadinya suatu
pembunuhan.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Samurah r.a diceritakannya daripada
Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi
s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah
kepalanya dipukul orang dengan batu,
ertinya orang itu mempelajari al-Quran
tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib
ditinggalkannya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi s.a.w
melarang menjual buah-buahan sebelum
nyata baiknya.”

Ketika itu nabi ditanya
tentang apakah yang dimaksudkan dengan
‘baik’,

baginda menjawab,”Hendaknya
buah-buahan itu tidak lagi terkena
penyakit.”

(riwayat Bukhari)
 
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Bukanlah orang miskin, orang yang pergi
dari rumah ke rumah, dia dapat ditolak
oleh sesuap dan dua suap makanan, sebiji
kurma dan dua biji kurma.

Akan tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang
tidak memperoleh kecukupan yang dapat
mencukupkan keperluannya dan tidak
diketahui orang tentang kemiskinannya
yang menyebabkan orang memberi
sedekah kepadanya.

Dan dia pula tidak
pergi meminta ke sana ke mari (tidak
mengulang-ulangi permintaannya kepada
orang lain). ”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Hakim Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW
bersabda maksudnya: “Tangan yang di atas
lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan
berilah lebih dahulu kepada orang yang
engkau tanggungi. Dan sebaik-baik
sedekah ialah sedekah yang sesudah kita
berikan masih ada sisa yang cukup bagi
kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada
yang haram dan meminta-minta, nescaya
Allah menjadikannya orang yang
terpelihara. Dan sesiapa yang memohon
kepada Allah supaya diberi kecukupan,
nescaya Allah memberikan kecukupan
untuknya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki
datang kepada Nabi SAW maka
bertanyalah ia : “

Ya Rasulullah, sedekah
manakah yang paling besar pahalanya?
Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau
berikan sedangkan engkau dalam keadaan
sihat dan sangat sayang kepada harta,
engkau takut kepapaan dan engkau
harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau
menangguhkan pemberian sedekah
sehingga apabila roh engkau telah hampir
ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk
si anu begini, untuk si anu begini.
Sesungguhnya si polan itu telah
memilikinya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a
menerangkan bahawasanya satu jenazah
telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah
SAW maka berkatalah baginda :“Orang
yang beristirahat atau orang yang pergi
supaya orang lain beristirahat
daripadanya.

Para sahabat bertanya: “Ya
Rasulullah, siapakah orang yang pergi
beristirahat dan siapakah orang yang pergi
supaya orang lain beristirahat
daripadanya?"

Nabi saw menjawab : “ Hamba
yang mukmin pergi beristirahat daripada
kepayahan dunia dan gangguannya kepada
rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq,
beristirahat daripadanya segala hamba
Allah, negeri, pohon dan binatang.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Jabir Ibn Abdillah r.a berkata : “Rasulullah
SAW berada dalam salah satu perjalanan,
maka baginda melihat orang berkerumun
dan baginda melihat seorang lelaki telah
dinaungi.

Kerana itu baginda bertanya:
“Mengapa orang ini?” para sahabat
menjawab: “Dia berpuasa.” Mendengar hal
tersebut Nabi bersabda: “Bukanlah
kebajikan, berpuasa dalam safar
(perjalanan).”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register