BTC USD 81,888.3 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Abu Hurairah r.a katanya nabi
SAW bersabda yang bermaksud: “Allah
tidak menerima solat salah seorang
daripada kamu apabila ia berhadas
sehingga ia berwudhu’.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua
perkara iaitu: Seseorang yang telah
dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan
hartanya itu kejalan yang benar (yang
diredhai oleh Allah) dan orang yang
dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan,

lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum
berpandukan ilmunya (al-Quran dan
Hadith) serta diajarkannya pula kepada
orang lain”.

(riwayat Bukhari)
 
“Daripada Anas r.a. katanya,
“diperintahkan Bilal supaya menggenapkan
azan iaitu (dua – dua atau empat – empat)
dan mengganjilkan qomat, kecuali ketika
menyebut, “qodko matissolah” (yakni
disebut dua kali). Diriwayatkan oleh al-
Bukhari dan muslim tetapi muslim tidak
menyebut pengecualian itu.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Saya
mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:”Wanita Quraisy itu amat baik,
mereka dapat menunggang unta, amat
pengasih pada anak-anak dan pandai
menjaga harta suami.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW
bersabda:”Seorang wanita janda, tidak
boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat
terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis
perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum
meminta izin kepadanya.” Para sahabat
bertanya:”Bagaimana bentuk keizinan
gadis itu?” Rasulullah menjawab:”Jika dia
diam sahaja.”

(riwayat Bukhari)
 
Musaddad menyampaikan kepada kami,
dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid al-
Hazza’, dari Akramah katanya:”Abdullah
bin Abbas berkata kepada aku dan
anaknya Ali:”Kamu berdua dengarlah
hadith (daripadanya). Maka kami berdua
pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang
membersihkan halaman. Ia mengambil
selendangnya lalu duduk. Selepas itu ia
mula menyampaikan hadith hingga sampai
kepada membicarakan binaan masjid.

Beliau berkata:”Kami membawa batu-bata
sekeping demi sekeping dan Ammar pula
membawa dua batu bata (sekaligus), maka
nabi s.a.w melihatnya lalu baginda
mengibas-ngibas tanah daripadanya sambil
bersabda:”Kasihan Ammar, puak pelampau
ingin membunuhnya sedangkan ia
menyeru mereka kapada syurga dan
mereka menyerunya kepada neraka. Abu
Said berkata, Ammar menjawab:”Aku
berlindung dengan Allah daripada segala
fitnah.”

(riwayat Bukhari)
 
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Sesiapa menafkahkan di jalan Allah
sepasang binatang nescaya diseru dia di
pintu-pintu syurga :

“Hai hamba-hamba
Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa
berada dari golongan orang yang
bersembahyang dipanggil dia dari pintu
sembahyang. Orang yang masuk di
kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari
pintu al-Jihad.

Sesiapa yang masuk dari
golongan orang yang berpuasa diseru dia
dari pintu al-Rayyan.

Dan sesiapa yang
masuk dari kalangan orang yang
bersedekah diseru dia dari pintu sedekah.

Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku
tebus dengan ibu dan ayah ku, ya
Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi
orang-orang yang diseru dari pintu-pintu
itu. Maka adakah seseorang yang akan
dipanggil dari semua pintu? Nabi
menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau
termasuk ke dalam golongan itu.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Anas r.a katanya:”Dibawakan kepada
Nabi s.a.w sebuah bejana (bekas) waktu
itu baginda di Zaura’.

Lalu baginda
letakkan tangan baginda di dalam bejana
itu. Maka keluarlah air daripada anak-anak
jari baginda. Lalu orang ramai pun
berwudhuk.

Qatadah pun berkata:”Saya
berkata kepada Anas :”Berapa ramaikah
kamu ketika itu? Jawab Anas:”Tiga ratus
atau lebih kurang tiga ratus.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Anas r.a katanya:”Akan kusampaikan
kepadamu sebuah hadith yang tidak akan
disampaikan orang kepadamu
sepeninggalanku. Saya mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara
tanda-tanda kiamat ialah:

berkurangnya
ilmu, meratanya kebo'dohan, berlakunya
(merebaknya) perzinaan dan banyaknya
perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga
bagi lima puluh perempuan hanya seorang
pengawalnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Bara’ r.a katanya:”Rasulullah s.a w
adalah orang yang paling elok mukanya
dan amat baik perawakannya. Baginda
tidak tinggi dan tidak juga rendah.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register