BTC USD 81,293.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata :
“Aku adalah seorang yang selalu keluar air
mazi, lalu aku menyuruh al-Miqdad ibn al-
Aswad bertanya kepada nabi SAW, lalu ia
pun bertanya, maka baginda
menerangkan : “Padanya, air
sembahyang.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
sekurangnya ada org mcm tt forum ni lebih islamik
 
Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya
mendengar Nabi SAW bersabda: “ Tidak ada
seorang hamba yang Allah serahkan
kepadanya untuk memimpin segolongan
rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya
itu dengan menuntut dan memimpin
mereka kepada kemaslahatan dunia dan
akhirat melainkan tiadalah ia mencium
bau syurga.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata :
“Rasulullah SAW menceritakan kepada
kami dua buah hadis, aku telah melihat
salah satunya dan aku menunggu yang
satu lagi. Nabi menceritakan kepada kami
bahawasanya amanah itu turun ke dalam
pangkal (akar) jiwa (hati) manusia,

kemudian mereka pun mengetahui
sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka
mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi
menceritakan kepada kami tentang
pencabutan amanah.

Sabdanya yang
bermaksud : “Seorang lelaki tidur lalu
dalam keadaan tidur, dicabut amanah
dalam hatinya, maka tinggal bekas
amanah seperti kesan sesuatu warna yang
menyalahi warna asal, warna yang agak
hitam.

Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut
lagi amanah, maka tinggallah bekasannya
yang merupakan kembung-kembung di
tangan lantaran banyak bekerja dengan
menggunakan kapak seperti bara api yang
engkau guling-gulingkan di atas kaki mu
lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun
melihatnya sudah bengkak dan penuh
dengan air, padahal tidak ada apa-apa di
dalamnya.

Kerana manusia berjual beli
tetapi hampir-hampir tidak ada seorang
pun yang amanah lalu seseorang pun
berkata” Sesungguhnya dalam golongan
bani fulan ada seorang yang boleh
dipercayai dan dikatakan kepada orang
itu : “Alangkah tinggi akalnya, alangkah
bijak bestarinya dan alangkah hebat
ketabahannya.

Padahal tidak ada di dalam
hatinya sedikit pun keimanan walaupun
seberat biji sawi. Dan sesungguhnya telah
datang kepada ku suatu masa (telah
berlalu suatu masa).

Aku yang pada masa
itu tidak peduli siapakah di antara kamu
aku berjual beli dengannya. Demi Allah
sungguh jika ia Muslim, nescaya
keislamannya akan menolaknya kepada ku

dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus
urusannya akan kembalikan kepadanya.
Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi
berjual beli melainkan dengan si anu dan si
anu.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abdullah ibn Amir r.a katanya : “
Aku mendengar nabi SAW bersabda yang
bermaksud : “ Sesiapa yang dibunuh
kerana mempertahankan hartanya maka
dia itu syahid.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW
bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan
solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah
pula solat (sunat) di rumah kerana dengan
itu Allah akan menjadikan rumah itu
bahagia.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Mu`awiyah bin Abu
Sufyan r.a berkata: ”Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda:"Ini adalah hari
`Asyura dan tidak diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa.

Maka sesiapa yang hendak berpuasa maka
berpuasalah dan sesiapa mahu (tidak
berpuasa) maka berbukalah dia (boleh
tidak berpuasa)."

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Qatadah r.a katanya
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Apabila seseorang daripada kamu minum
maka janganlah ia bernafas ke dalam
bejana (bekas minuman) dan apabila ia ke
tempat membuang air (apabila ia
membuang air) maka janganlah ia
menyentuh zakarnya dengan tangan
kanannya dan janganlah dia menyapu
dengan tangan kanannya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi
SAW apabila masuk ke dalam tandas
mengucapkan “Wahai Tuhan ku,
sesungguhnya aku berlindung dengan
engkau daripada syaitan jantan dan
syaitan betina

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Musa r.a katanya, saya
datang kepada nabi SAW lalu saya
mendapatinya sedang menggosok gigi
dengan suatu kayu sugi di tangannya.
Baginda menyebutkan u’ u’ sedangkan
sugi berada di mulutnya, seolah-olah nabi
mahu muntah.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register