BTC USD 81,594.5 Gold USD 4,165.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada ibnu Umar r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. telah menziarahi Said bin
Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman
bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah
bin Mas’ud r.a, kemudian Rasulullah s.a.w.
menangis, lalu orang ramai yang ada
bersama-sama baginda turut menangis.

Seterusnya baginda bersabda, “Adakah
tidak kamu mendengar? Sesungguhnya
Allah tidak mengazab orang mati dengan
sebab linangan air mata atau susah hati,
tetapi Allah akan menyiksa atau memberi
rahmat kepada orang mati disebabkan ini,
lalu baginda mengisyaratkan kepada
lidahnya”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan katanya:
“Sesungguhnya syaitan itu membisikkan
kepada kawan-kawan mereka supaya
membantah kamu. Sabda Nabi SAW :

“Mereka berkata: “Binatang yang
disebutkan nama Allah, janganlah kamu
memakannya dan binatang yang tidak
disebutkan nama Allah, maka hendaklah
kamu memakannya.” Maka Allah
berfirman : “Maka janganlah kamu makan
binatang yang tidak disebutkan nama
Allah.

(riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu
Daud)
 
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud: “ “Apabila lalat jatuh ke dalam
minuman salah seorang di antara kamu
maka rendamkanlah lalat itu kemudian
buanglah. Kerana pada salah satu
sayapnya terdapat penyakit dan pada
sayap yang lain terdapat ubat.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Aisyah r.a katanya : “ Aku
berkata: “ Ya Rasulullah, bagaimana
pendapat tuan jika tuan berhenti di
sebuah wadi yang ada pokok yang telah
dimakan sebahagiannya dan tuan dapati
pula pokok yang belum dimakan darinya,
pokok manakah yang tuan hendak
menternak unta tuan? Rasulullah SAW
bersabda :

“Pada pokok yang belum lagi
dimakan daunnya. Maksud Aisyah ialah
bahawa Rasulullah SAW tidak pernah
mengahwini perawan selainnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Said al-Khudri ra ia berkata, :
“Zainab isteri Ibnu Mas’ud telah datang
lalu berkata: “ Ya Rasulullah,
sesungguhnya engkau telah
memerintahkan bersedekah pada hari ini.

Aku memiliki perhiasan dan ingin aku
sedekahkan. Tetapi Ibnu Mas’ud
merasakan bahawa dirinya dan anaknya
lebih berhak aku berikan sedekah”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a dari Nabi
s.a.w mengatakan bahawa Nabi s.a.w
dalam suatu perjalanan melintangkan
kenderaannya, kemudian baginda solat
menghadap ke arah kenderaan itu.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Anas bin Malik r.a dari Nabi saw.
sabdanya,:”Semua negeri akan diinjak oleh
Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di
mana setiap jalan masuk ke dalam kedua
kota itu dijaga oleh malaikat dengan
berbaris. Kemudian Madinah bergoncang
tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah
SWT mengeluarkan semua orang kafir dan
orang munafik.

(riwayat Bukhari)
 
Fari Abu Hurairah r.a, dari nabi saw.,
sabdanya:”Allah berfirman:”Ada tiga jenis,
Aku menjadi musuh mereka pada hari
kiamat:

i)Orang yang memberi kerana-Ku,
kemudian tidak diakuinya

ii)Orang yang menjual orang yang
merdeka, kemudian dimakannya wang
hasil jualan tersebut.

iii)Orang yang mengupah kepada pekerja
lalu disuruh sempurnakan kerja itu tapi
tidak dibayarnya upah itu.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register