BTC USD 81,880.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Ali bin Abdullah menyampaikan kepada
kami, daripada Sufyan bin Salim, daripada
‘Ata’ bin Yasar, daripada Abu Said al-
Khudri, daripada nabi s.a.w bersabda
baginda:” mandi pada hari Jumaat itu
wajib ke atas setiap yang bermimpi (keluar
mani).”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah ra. Bahawa
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Tiada jangkitan, tiada si.al, tiada jangkitan
safar dan tiada jangkitan hammah
(binatang berbisa yang membunuh)

Seorang Arab Badwi berkata: “Apakah
gerangan unta yang berada dalam pasir
seakan-akan kijang betina lalu dicampuri
oleh unta lain yang berkurap lalu
menyebabkan ia berkurap? Rasulullah SAW
bersabda : “ Siapakah yang menjangkitkan
unta yang pertama?”

(riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
 
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
sesungguhnya umatku akan datang pada
hari kiamat, dalam keadaan indah berseri
serta bercahaya-cahaya mukanya dan
anggotanya yang lain dari kesan wuduknya
(yang sempurna)”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Ibn Masud r.a katanya, “ Aku
bersembahyang tahajud bersama Nabi
s.a.w, baginda telah memanjangkan
berdirinya sehingga aku hampir melakukan
perkara yang tidak baik”. Ibn Mas`ud
ditanya,

“ apakah gerangan yang hendak
engkau lakukan?” jawabnya, “aku hendak
duduk mufarraqah daripadanya”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda
bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak
mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di
dalam rahim (kandungan perempuan)
melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui
apa yang akan terjadi esok hari melainkan
Allah.

3) Tiada seorangpun yang
mengetahui bila waktunya hujan akan
turun melainkan Allah.

4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana
dia akan mati melainkan Allah

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi
melainkan Allah.

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Tidak boleh taat kepada
seseorang dalam melakukan maksiat
kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu
dalam melakukan kebaikan.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah engkau jadikan dunia ini
seolah-olah berdagang dinegeri orang atau
sebagai orang yang melintasi jalan. “Ibnu
Umar r.a. berkata,” Jika kamu berada
diwaktu petang janganlah kamu tangguh
diwaktu pagi dan jika kamu berada
diwaktu pagi janganlah kamu tangguh
diwaktu petang. Rebutlah kesempatan
sewaktu kamu berada didalam keadaan
sihat, sebagai persediaan diwaktu engkau
sakit dan ketika engkau masih hidup
sebagai bekalan ketika engkau mati”.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Anas r.a katanya:”Beberapa orang
sahabat Nabi SAW bertanya kepada para
isteri baginda tentang amal ibadah baginda
ketika sedang bersunyi diri (sendirian).

Setelah mendapat jawapan, maka di antara
para sahabat itu ada yang berkata:”Aku
tidak akan berkahwin!” Sebahagian lagi
berkata,:

”Aku tidak akan makan daging”
Yang lain pula berkata :”Aku tidak akan
tidur di atas kasur (tempat perbaringan).”

Mendengar ucapan para sahabat itu, Nabi
SAW serta merta memuji Allah SWT, lalu
baginda bersabda:

”Bagaimanalah cara
mereka berfikir sehingga mereka bercakap
begini dan begitu. Padahal aku sendiri
solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku
bernikah. Sesiapa yang benci kepada cara
hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk
golonganku.

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Seorang mukmin tidak akan
jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Saya dengar
nabi SAW bersabda:”Bagi tiap-tiap orang
yang khianat (penipu) ada bendera yang
dipancangkan tanda khianatnya di hari
kiamat kelak.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register