BTC USD 81,862.5 Gold USD 4,185.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Abdullah bin Umar r.a
katanya,:”Tatkala turun ayat yang
berbunyi:”Mereka yang beriman dan tidak
mencampur-baurkan iman mereka dengan
aniaya, mereka akan beroleh
ketenteraman dan akan dipimpin (Allah).

Bertanya para sahabat Rasulullah
s.a.w:”Siapakah di antara kami yang tidak
aniaya terhadap dirinya sendiri? Maka
diturunkan Allah ayat:”Sesungguhnya
syirik (mempersekutukan Allah) adalah
aniaya yang amat besar.)”

(riwayat Bukhari)
 
Dikhabarkan daripada Abdullah bin
Mughaffal al-Muzani r.a mengatakan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Antara
azan dan iqamat ada solat.”

Baginda mengucapkan sabdanya itu sehingga tiga
kali dan menambah pada kali yang
ketiga:”Bagi orang yang mahu.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita
datang kepadaku membawa dua orang
anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada
apa yang boleh didapatinya daripadaku
ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu
kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi
dua dan diberikannya kepada kedua
anaknya itu, dan ia sendiri tidak
memakannya.

Kemudian ia berdiri dan
terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku
ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda
beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan
kerana beberapa anak daripadanya, maka
semuanya itu akan menjadi dinding
baginya daripada api neraka.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Mas’ud al-Ansaari,
katanya:”Rasulullah s.a.w melarang
tentang harga (jual beli) anjing membayar
mahar penzina dan membayar tukang
tenung.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah
s.a.w bersabda,:”Orang Islam itu saudara
orang Islam, ia tidak menganiayanya dan
tidak pula membiarkannya teraniaya.
Sesiapa yang menolong keperluan
saudaranya, Allah akan menolong
keperluannya pula. Siapa yang
menghilangkan kesusahan orang Islam,

Allah akan menghilangkan kesusahannya
di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup
rahsia orang Islam, Allah akan menutup
rahsianya di hari akhirat kelak.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Miqdam r.a, dari rasulullah
s.a.w,:”Tidak ada makanan yang dimakan
oleh seseorang sekali-kali tidak, yang lebih
baik daripada memakan makanan hasil
dari usaha tangannya sendiri.

Sesungguhnya nabi Allah daud a.s makan
dari hasil usaha tangan baginda sendiri.”

(riwayat Bukhari)
 
‘Abayah bin Rifa’ah r.a mengkhabarkan
bahawa dia bertemu dengan Abu ‘Abbas
ketika dia pergi Jumaat. Abu ‘Abbas
berkata kepadanya bahawa dia mendengar
Nabi s.a.w bersabda:”Siapa yang berdebu
kedua kakinya kerana berjalan di jalan
Allah nescaya diharamkan Allah baginya
api neraka.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah ra bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya : “ Demi Allah yang jiwa ku di
tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu
sebelum aku menjadi orang yang lebih
dikasihinya daripada bapanya dan
anaknya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abdullah r.a katanya,:”Rasulullah
s.a.w bersabda:”Siapa yang mengambil
harta orang Islam dengan sumpah palsu,
nescaya orang itu akan menemui Allah
sedangkan Allah marah kepadanya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw.
bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya
agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang
memperberat-beratkannya maka dia akan
dikalahkan oleh agama. Oleh itu
kerjakanlah (agama itu) mengikut
sepatutnya atau mendekatinya dengan
yang sepatutnya dan gembiralah (kerana
akan beroleh pahala) serta beribadatlah
(mohonlah pertolongan Allah) pada waktu
pagi, petang dan sebahagian malam.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register