BTC USD 83,375.1 Gold USD 4,168.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Tiada seorang pun yang mempersaksikan
bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan
sesungguhnya aku adalah utusan Allah
lalu ia masuk neraka ataupun neraka
membakarnya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Aisyah r.a katanya:” Aku bertanya
kepada Rasulullah SAW perihal menoleh
atau berpaling di dalam solat.” Jawab
baginda:”Hal itu adalah suatu kecurian
yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat
seseorang.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Musa bin Ismail, dari Abdul
Wahid, dari Burdah bin Abdullah, dari
bapanya dari nabi s.a.w, baginda
bersabda:”Sesiapa melintas di masjid-
masjid atau di pasar-pasar kami dengan
membawa anak panah maka hendaklah ia
memegang mata anak panahnya dengan
tapak tangannya supaya tidak melukakan
seseorang Islam.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w
sabdanya:”Luruskan saf! Aku dapat
melihatmu di belakangku. Di antara kami
ada yang bertemu bahu dengan bahu
kawannya dan tumit dengan tumit.”

(riwayat Bukhari)
 
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat,
maka hendaklah ia mengerjakan solat itu
jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan
lain untuk solat itu kecuali solat yang
dilupakannya, sesuai dengan firman Allah
yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat
untuk mengingati-Ku.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam
jasad manusia ada seketul daging
(segumpal darah), jika baik maka baiklah
seluruh anggota dan jika rosak maka
rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abu Hurairah r.a berkata bahawa nabi SAW
bersabda yang maksudnya:“
Percepatkanlah kamu dalam membawa
jenazah kerana jika jenazah itu jenazah
yang soleh maka ia suatu roh (kebajikan),
kamu meyerahkannya dan jika ia tidak
soleh maka suatu kejahatan yang kamu
lepaskan daripada pundak mu.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Anas r.a daripada Nabi s.a.w
meriwayatkan apa yang diterangkan dalam
hadis qudsi, “jika seorang hamba
menghampiriku sejengkal, maka aku
menghampirinya sehasta, jika ianya
hampir kepadaku sehasta maka aku
menghampirinya sedepa dan jika ia datang
kepadaku dengan berjalan maka aku
datang kepadanya dengan berlari”.

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak
beriman seseorang kamu sehinggalah ia
mengasihi kebaikan untuk saudaranya
sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk
dirinya sendiri.”

(riwayat Bukhari, Muslim, Abu ‘Uwanah, an-
Nasai, at-Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah,
Ath-Thayalisi dan Ahmad)
 
Seorang lelaki telah datang menemui
Rasulullah s.a.w lalu
berkata,”Sesungguhnya aku melambat-
lambatkan dari sembahyang subuh
disebabkan imam itu memanjangkan
bacaannya ketika bersembahyang bersama
kami.” (Abu Mas’ud berkata) aku tidak
pernah melihat Nabi s.a.w marah ketika
memberikan nasihatnya lebih dari
marahnya pada hari ini. Sabdanya,

“Wahai sekelian manusia, sesungguhnya antara
kamu semua ada (melakukan sesuatu)
menyebabkan orang lain lari, sesiapa
antara kamu yang menjadi imam kepada
orang ramai hendaklah ia memendekkan
bacaannya kerana sesungguhnya makmum
dibelakangnya terdiri daripada orang tua,
kanak-kanak kecil dan orang yang hendak
menguruskan keperluannya dengan
segera”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register