BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Had Maksimum ASB ASB2 Naik Ke RM300k

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
ASB, ASB 2, ASM Tarik Pelaburan RM3.5 Bilion

26.06.2023 - Peningkatan had pelaburan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) telah menyumbang penambahan sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bulan lepas. Presiden dan Ketua Eksekutif kumpulan Permodalan Nasional Bhd Ahmad Zulqarnain Onn berkata angka itu diramalkan meningkat antara RM3 bilion dan RM5 bilion menjelang akhir tahun ini.

“Sejak had dana itu ditingkatkan, terdapat RM3.5 bilion wang baharu dalam tempoh tiga bulan lepas dengan 30 peratus adalah daripada pemegang unit bumiputera,” katanya dalam taklimat kepada media di Kuala Lumpur hari ini.​

d928065c17f92819f1efc11a16407f19.jpg

Ahmad Zulqarnain berkata peningkatan dana itu disumbangkan oleh kira-kira 96,000 pemegang unit. Had pelaburan ASB dan ASB 2 telah dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 bermula 1 April 2023, manakala saiz dana bagi ASM turut ditingkatkan sebanyak RM5 bilion bermula 1 Mei 2023. ASB, ASB 2 dan ASM ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/669975
 
bagus laa dah naik kpd RM300k..
 
Dividen ASB 5.75 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran agihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ia dimaklumkan di laman Facebook rasmi Amanah Saham Nasional Berhad hari ini. Menurut Bernama, ia melibatkan pembayaran berjumlah RM10.4 bilion.

Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/763840
 
Bangun Pagi Senyum Lebar, Dividen ASB Dah Masuk

01.01.2026 - Ramai pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menarik nafas lega apabila pagi ini mendapat notifikasi memaklumkan dividen serta bonus pelaburan mereka sudah pun dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna berkongsi keterujaan apabila melihat jumlah dividen ASB yang diterima, sekali gus menjadi penyuntik semangat pada awal tahun baharu selepas Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit, 19 Disember lalu.

“Bangun pagi terus buka aplikasi bank, senyum tak hilang. Dividen ASB dah masuk, boleh tampung perbelanjaan awal tahun,” tulis Syukri Azli di Facebook. Tidak kurang juga yang menyifatkan kemasukan dividen tersebut sebagai ‘rezeki anak sekolah’, memandangkan ramai ibu bapa kini berdepan perbelanjaan tinggi bagi persiapan persekolahan. Alhamdulillah, dividen ASB dah masuk, bonus pun besar juga. Boleh guna sikit untuk beli buku dan kelengkapan sekolah anak-anak. Lega sangat,” komen Fatin.

Dalam pada itu, ada juga yang berazam untuk tidak mengusik dividen berkenaan dan memilih untuk melaburkannya semula demi simpanan jangka panjang.

“Masuk je dividen, terus niat tak nak keluarkan. Biar berganda tahun depan,” ujar Nawab di platform X.

Semakan dividen ASB boleh dilakukan di aplikasi myASNB atau portal rasmi ASNB di pautan www.asbn.com.my
1767246885235.png
 
Back
Top
Log in Register